web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Tragedi Double Six Tak Lengkap Tanpa Kenyataan Australia - Keluarga Fuad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 3:02PM

Laporan siasatan akhir nahas pesawat Sabah Air yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens kini dikelaskan sebagai dokumen terbuka. - Gambar dari Twitter Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keluarga mantan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens yang maut dalam nahas udara Double-Six berkata, tindakan Malaysia menyahklasifikasi laporan penyiasatan mengenai tragedi itu tidak akan memberi gambaran lengkap selagi kerajaan Australia tidak melakukan perkara yang sama.

Susulan itu, mereka berkata, kerajaan Australia juga perlu mendedahkan laporan hasil siasatannya berhubung nahas berkenaan.

“Demi keadilan terhadap semua yang terbabit dalam nahas berkenaan, termasuk mereka yang disebut secara negatif dalam laporan yang didedahkan, seperti juruterbangnya, kami merasakan tidak mendapat gambaran yang lengkap berhubung punca nahas kecuali kami dapat melihat semua laporan dari Australia.

“Terdapat laporan mengenai pesawat Nomad itu ada tersimpan di Kementerian Pertahanan Australia, Kilang Pesawat Kerajaan (GAF) selaku pengeluar pesawat dan pelbagai fail dalam Arkib Negara Australia yang tidak dedahkan kepada umum.

“Kami perlu mendesak supaya dokumen berhubung nahas itu yang disimpan di Australia dikeluarkan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, keluarga Fuad mendakwa mereka pernah menulis kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan Australia pada Jun 2020 untuk meminta salinan laporan mengenai nahas 47 tahun lalu membabitkan Nomad N-22B 9M-ATZ Sabah Air.

Mereka berkata, bagaimanapun biro terbabit memaklumkan bahawa ia tidak dapat menemui salinan laporan itu, dan kalau adapun, ia diklasifikasikan sebagai rahsia,” katanya.

Sambil menzahirkan terima kasih kerana kerajaan Malaysia kerana menyahklasifikasi laporan itu, keluarga Fuad berkata, ia masih gagal menjawab soalan lain berhubung kerahsiaan laporan berkenaan.

“Kenapa ia diberi klasifikasi keselamatan di bawah Akta Rahsia Rasmi? Mengapa ia tidak dikeluarkan pada masa nahas itu berlaku?” soalnya.

Keluarga mantan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens yang maut dalam nahas udara Double-Six berkata, tindakan Malaysia menyahklasifikasi laporan penyiasatan mengenai tragedi itu tidak akan memberi gambaran lengkap selagi kerajaan Australia tidak melakukan perkara yang sama. - Gambar dari Uwe Aranas/CEPhoto
Keluarga mantan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens yang maut dalam nahas udara Double-Six berkata, tindakan Malaysia menyahklasifikasi laporan penyiasatan mengenai tragedi itu tidak akan memberi gambaran lengkap selagi kerajaan Australia tidak melakukan perkara yang sama. - Gambar dari Uwe Aranas/CEPhoto

Keluarga Fuad berkata, mantan Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah itu juga pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia antara 1967 hingga 1973.

Ujar mereka, beberapa anak Fuad turut belajar di negara berkenaan.

“Kami semua mempunyai rasa cinta yang tinggi terhadap negara. Kebanyakan kami dan anak-anak kami pernah belajar di sana.

“Tetapi sudah tiba masanya kerajaan Australia mengeluarkan semua laporan mengenai nahas itu. Sudah 47 tahun,” katanya.

Dalam tragedi pada 6 Jun 1976 itu, Fuad yang baru 53 hari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, meninggal dunia bersama 10 yang lain, termasuk menteri kabinetnya, apabila pesawat GAF Nomad dinaiki mereka terhempas di Sembulan, Kota Kinabalu.

Selain Fuad, turut terkorban Datuk Peter Joinod Mojuntin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah); Datuk Chong Thien Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah dan Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Sabah).

Datuk Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah); Datuk Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah); Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah) dan Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia).

Selain itu, Koperal Said Mohammad (Pengawal Peribadi kepada Ketua Menteri Sabah); Johari Fuad Stephens (anak kepada Ketua Menteri Sabah) dan Gandhi J Nathan (juruterbang pesawat 9M-FTZ) turut terkorban.

Tan Sri Harris Salleh yang menggantikan Fuad sebagai Ketua Menteri, memfailkan semakan kehakiman agar laporan itu didedahkan kepada umum pada 2022 berkata, beliau dituduh terlibat dalam insiden itu oleh pemimpin Sabah selama 47 tahun.

Laporan mengenai nahas itu dikeluarkan semalam di laman web Kementerian Pengangkutan berikutan penyahklasifikasian pada 6 April lalu.

Laporan yang didedahkan itu menyatakan tiada bukti sabotaj, tetapi terdapat kesukaran teknikal "luar biasa" dan salah pengiraan pada pusat graviti pesawat.

Laporan itu juga meragui pengalaman juruterbang kerana berdasarkan rekod perkhidmatannya sebelum itu, prestasinya dalam menerbangkan pesawat adalah sangat buruk.

Juruterbang juga, dalam laporan itu menyebut dalam keadaan di bawah tekanan untuk kembali ke Kota Kinabalu dari Labuan, kerana sakit dan mungkin sedikit kepenatan.

Laporan itu juga memaklumkan punca kejadian adalah disebabkan pesawat hilang kawalan apabila juruterbang mahu mendaratkan pesawat.

Selain itu, laporan itu menyatakan tiada bukti mengaitkan nahas itu dengan kerosakan awal pada enjin atau kerana pesawat tidak diselenggara sebaiknya.

Laporan tersebut antara lain mendapati pesawat Model GAF N-22B Nomad itu diselenggarakan dengan baik dan mengikut jadual penyelenggaraan ditetapkan.

Bahkan, juruterbang juga mempunyai lesen untuk menerbangkan pesawat itu.

Laporan tersebut keluar genap seminggu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk mendedahkan laporan akhir nahas tersebut. - Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad