web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyusunan Semula Kepimpinan UMNO Di Perlis Selepas Azlan Didakwa?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 11:09AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - UMNO Perlis sedang melakukan penyusunan semula kepimpinannya selepas negeri itu dirampas Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu, dan kini mantan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man terpalit pertuduhan di mahkamah.

Timbul spekulasi dalam kalangan parti bahawa Ketua UMNO Bahagian Arau yang baru dilantik, Datuk Rozabil Abdul Rahman akan menggantikan Azlan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Rozabil, 51, yang dikatakan rapat dengan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, merupakan bekas pemimpin korporat.

Pada Februari lalu, firma utamanya Destini Bhd mengumumkan persaraan Rozabil sebagai pengerusi eksekutif daripada kumpulan tersenarai awam, dengan alasan “untuk mengejar kepentingan peribadinya”.

Rozabil digantikan oleh Pengarah Eksekutif, Abdul Rahman Rejab.

Azlan, yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis oleh Zahid pada 2021 bagi menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, yang ketika itu telah pun berdepan kritikan daripada beberapa bahagian negeri yang mengatakan beliau tidak layak untuk memimpin.

Bekas Menteri Besar itu yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memalsukan tuntutan perjalanan dan pengubahan wang haram, juga tewas dalam usahanya untuk kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti awal tahun ini.

Beliau tewas kepada Timbalannya, Datuk Fathul Bari Mat Jahya yang juga mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Rozabil berkemungkinan mengetuai barisan kepimpinan UMNO Perlis selain Fathul dan bekas exco kerajaan negeri Ruzaini Rais, yang memenangi kerusi Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, dalam usaha merampas semula negeri berkenaan.

Bagi sebuah negeri kecil, Perlis berjaya melahirkan beberapa panglima perang UMNO yang bukan sahaja menguasai negeri tetapi politik negara.

Sejak 1990-an hingga tahun lalu, panglima perang UMNO di negeri itu terdiri daripada Shahidan (Arau), Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), dan Tan Sri Azmi Khalid (Padang Besar) dengan kesemua mereka pernah berkhidmat sebagai menteri kanan dan dalam kepimpinan UMNO.

Tidak terkecuali, Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh juga bekas Menteri Besar Perlis yang pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Hamid meninggal dunia awal tahun ini.

PN kini mempunyai majoriti besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, dengan memenangi 14 daripada 15 kerusi.

Shahidan menewaskan Rozabil pada PRU-15 untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau.

Ia juga menandakan kali pertama dalam enam dekad Barisan Nasional(BN) kehilangan negeri itu.

Walaupun Perlis tidak akan mengadakan pilihan raya tahun ini, kumpulan baharu diketuai Rozabil akan melihat trend pengundi di enam negeri iaitu  Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Mantan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, UMNO Perlis akan mempunyai lebih banyak perkara yang perlu ditangani daripada PN, memandangkan banyak parti Melayu-Islam bersaing untuk mendapatkan undi kaum itu.

Zahidi berkata, UMNO Perlis tidak boleh meneruskan politik gaya panglima perangnya tetapi perlu memberi tumpuan kepada ekonomi dan keperluan rakyat jika mahu kembali menawan negeri itu.

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang memperjuangkan pengeluaran komersial ketum di utara tanah air memandangkan permintaan dari negara jiran Thailand, mengulangi pendiriannya bahawa ia boleh membantu menjana ekonomi tempatan.

Sementara itu, wakil tunggal pembangkang di DUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling berkata, rakyat Perlis lebih sibuk dengan isu kos sara hidup berbanding identiti pemimpin yang mewakili mereka.

Katanya, beliau meragui sama ada kes mahkamah Azlan akan menjadi faktor besar dalam kalangan penduduk tempatan di sini.

“Kerajaan negeri pimpinan PAS itu sepatutnya menumpukan kepada ekonomi dan bukannya membiarkan cara lama politik panglima perang menguasai negeri tersebut,” katanya. - The Vibes, 13 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

4

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam