web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FAMA Diarahkan Selesaikan Isu Bekalan Ayam Tidak Cukup Di Beberapa Tempat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 10:09PM

Mohamad Sabu (tiga, kiri) bersama isteri Datin Seri Normah Alwi (tiga, kanan) mengacau bubur lambuk pada Program Agihan Bubur Lambuk di kementeriannya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ditemui pemberita selepas Program Agihan Bubur Lambuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini, Mohamad berkata FAMA akan melihat dan mencuba mencari jalan untuk menampung kekurangan bekalan itu.

“Setakat ini saya tidak menerima laporan berapa tempat yang mengalami kekurangan bekalan ayam. 

“Kekurangan sementara bekalan di sesuatu tempat menjelang musim perayaan kadang-kadang berlaku, tapi kementerian memberi jaminan bekalan makanan adalah mencukupi terutama bagi lapan komoditi utama iaitu telur, ayam, daging, ikan, sayur, buah, beras dan susu segar,” katanya.

Terdahulu, sebuah media melaporkan peniaga di Pasar Besar Klang khuatir bekalan ayam tidak mencukupi seminggu sebelum Aidilfitri di sebalik permintaan tinggi daripada pengguna.

Seorang peniaga berkata beliau telah menempah 100 ekor ayam daripada pembekal tetapi hanya menerima 80 ekor ayam.

Media tersebut melaporkan masalah bekalan ayam dijangka melanda utara tanah air menjelang Sya­wal ini ekoran isu kekurangan anak ayam yang dialami penternak terutama di Kedah. 

Sementara itu, Presiden Kelab Tani KPKM Datuk Badrul Hisham Mohd berkata sempena program hari ini, sebanyak 2,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja Wisma Tani, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sini.

“Ini tahun kelima penganjuran program agihan bubur lambuk dan kita meneruskan tradisi memasak bubur sebanyak lima kawah untuk diagihkan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad