web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Teruja Timang Cucu Baharu, ‘Alhamdulillah Hadiah Ramadan, Bertambah Meriah Raya’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 9:44PM

Anwar memangku cucunya yang baharu dilahirkan, Nurul Isra Mitsuki sambil disaksikan seorang lagi cucunya. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianugerahkan cucu baharu, menganggap kehadiran bayi itu menambah kemeriahan Aidilfitri keluarganya yang bakal diraikan umat Islam kurang dua minggu lagi.

Berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi satu foto di Facebook, Anwar berkata cucunya yang diberi nama Nurul Isra Mitsuki Luqman itu adalah bayi kepada anak perempuannya, Nurul Ilham.

“Alhamdulillah! Hadiah Ramadan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda Ilham dan Luqman Watanabe.

“Cucunda saya dan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) yang Ke-12. Bertambah meriah raya kali ini,” katanya menerusi keterangan di hantaran itu.

Dalam foto itu, Anwar memangku Nurul Isra Mitsuki, sambil seorang lagi cucunya turut memegang bayi berkenaan.

Nurul Ilham yang juga anak kelima Anwar melangsungkan perkahwinan bersama lelaki berdarah kacukan Jepun, Mitsuru Watanabe atau nama Islamnya, Mitsuki Luqman.

Anwar dan Azizah turut dikurniakan lima anak lain, iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman dan Nurul Hana.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan turut teruja dengan kehadiran insan kecil dalam keluarga Perdana Menteri.

“Tahniah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Alhamdulillah semoga menjadi cucu solehah cemerlang dunia akhirat,” kata Zaikhan.

“Alhamdulillah. Tahniah Datuk Seri sekeluarga,” tulis Azam.

“Tahniah Datuk Seri, Alhamdulillah bertambah rezeki nampaknya,” ujar Abdulfakar. – Getaran, 12 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek