web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 47 Tahun, Laporan Siasatan Nahas Double-Six Tragedy Dinyahklasifikasi Kepada Umum

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 7:02PM

Laporan siasatan akhir nahas Sabah Air 'Double Six tragedy' boleh diakses menerusi laman web Kementerian Pengangkutan mulai hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Laporan akhir siasatan kemalangan udara pesawat Sabah Air atau dikenali Double-Six Tragedy yang berlaku pada 6 Jun 1976 sudah dinyahklasifikasi dan boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Kementerian Pengangkutan mulai hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, proses menyahklasikifasi laporan itu sudah selesai 6 April lalu, susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 April.

“Saya sudah mengelaskan semula laporan siasatan akhir tersebut sebagai dokumen terbuka, dengan menggunakan kuasa diperuntukkan di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Mulai hari ini, laporan lengkap tersebut dapat dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan di https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anthony Loke - Gambar fail
Anthony Loke - Gambar fail

Beliau berkata, laporan siasatan akhir kemalangan udara Sabah pesawat Sabah Air Model GAF Nomad N-22B 9M-ATZ di Kota Kinabalu, Sabah yang turut mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens disiapkan pada 25 Januari 1977 dan dibentangkan ke Jemaah Menteri pada Mac tahun sama.

Namun, katanya, hasil siasatan laporan terbabit tidak pernah diumumkan.

Justeru, beliau berkata, selama hampir 47 tahun ahli keluarga mangsa yang terlibat tidak dapat mengetahui fakta dan sebab di sebalik nahas udara itu.

Selain Fuad, kemalangan itu meragut nyawa 10 individu, termasuk barisan pimpinan kanan kerajaan Sabah, iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Peter Joinod Mojuntin; Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah, Datuk Chong Thien Vun; Menteri Kewangan Sabah, Datuk Salleh Sulong; pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Darius Binion dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Wahid Peter Andau.

Mangsa lain adalah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah, Dr Syed Hussein Wafa; Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan, Ishak Atan; Pengawal Peribadi kepada Ketua Menteri Sabah, Koperal Said Mohammad; anak kepada Ketua Menteri Sabah, Johari Fuad Stephens dan juruterbang pesawat itu, Gandhi J Nathan.

Anthony berkata, di peringkat Kementerian Pengangkutan, setiap insiden penerbangan haruslah disiasat secara telus dan menyeluruh.

Jelasnya, siasatan telus dan menyeluruh itu untuk menerap kepercayaan antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia dalam membina sebuah industri penerbangan berkredibiliti serta menepati piawian tertinggi.

“Kementerian Pengangkutan komited untuk meneruskan dasar keterbukaan ini.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga dan waris mangsa yang terkorban,” katanya. – Getaran, 12 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar