web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Tahanan Indonesia Lolos Dalam Perjalanan Ke Penjara Berjaya Ditahan Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 3:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis berjaya menahan semula dua tahanan lelaki warga Indonesia yang melarikan diri semalam ketika dalam perjalanan dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kedua-dua tahanan itu, Riki Rinaldi, 40 dan Samirudin, 36, dijumpai dalam tempoh 24 jam di dua lokasi berasingan di sekitar Jalan Felda Inas-Kulai.

Tok berkata jarak antara kedua-dua lokasi ditemui dianggarkan 1.5 kilometer, dan kedua-dua tahanan tersebut telah menukar baju lokap yang dipakai dengan t-shirt dan seluar jeans, dipercayai dicuri.

"Bertindak atas maklumat, Bahagian Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah membuat tangkapan ke atas Riki Rinaldi, di sebuah pondok di kebun sayur Sengkang, Jalan Felda Inas - Kulai, pada 10.35 malam tadi. 

"Sementara, Samirudin, ditahan di sebuah pondok di kebun sayur Taman Saga, Jalan Felda Inas- Kulai, dalam serbuan yang dilakukan pada 10.40 pagi tadi. Kedua-dua tahanan itu mengalami cedera ringan selepas bertindak terjun daripada van untuk meloloskan diri," katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Tok berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan yang mana boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. 

"Riki Rinaldi akan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, manakala reman bagi Samirudin akan dipohon esok," katanya. 

Media melaporkan polis sedang memburu dua tahanan lelaki warganegara Indonesia yang melarikan diri semasa dalam perjalanan dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang, pagi semalam.

Ketika kejadian, mereka bersama dua lagi tahanan warganegara Indonesia sepatutnya menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Ledang setelah didakwa di Mahkamah Kota Tinggi bagi pertuduhan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63, pada pukul 8 pagi semalam.

Kesemua mereka ditangkap oleh pihak penguat kuasa Maritim Malaysia kerana dipercayai tidak mempunyai pas atau dokumen yang sah masuk ke Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad