web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Perkasa Khidmat Bantuan Guaman Untuk B40 - Azalina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 8:44PM

Azalina Othman Said berkata, kerajaan sedang mengadakan perbincangan sesi libat urus bagi memperincikan penambahbaikan perkhidmatan bantuan guaman kepada golongan tersebut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan bantuan guaman sedia ada perlu diperkasa untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan akses kepada keadilan terutamanya kepada golongan B40.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan sedang mengadakan perbincangan sesi libat urus bagi memperincikan penambahbaikan perkhidmatan bantuan guaman kepada golongan tersebut.

Menurut beliau, sesi libat urus itu antara lain adalah untuk membincangkan isu dan hala tuju perkhidmatan bantuan guaman, mendapatkan input mengenai dasar berkaitan penggubalan Akta Pembelaan Awam serta meneliti keperluan mewujudkan Pejabat Pembelaan Awam.

“Sesi libat urus ini diharapkan dapat mengumpul input dan pandangan daripada peserta mengenai beberapa persoalan dasar berkaitan dengan kesesuaian mewujudkan akta khusus untuk perkhidmatan bantuan guaman bagi kes jenayah di Malaysia.

“Kerajaan Madani amat menitikberatkan libat urus berterusan semua pihak berkepentingan agar memastikan sebuah sistem yang efektif dalam memberi perkhidmatan bantuan guaman kepada rakyat Malaysia yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Jelas Azalina, Bengkel Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman Bagi Kes-Kes Jenayah di Malaysia sedang berlangsung bermula hari ini hingga esok dan diadakan dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan serta Majlis Peguam.

“Perkhidmatan bantuan guaman merupakan komponen penting untuk menegakkan keadilan. Namun, bukan setiap rakyat Malaysia mampu menanggung kos guaman.

“Mereka terpaksa bergantung ihsan daripada penyedia perkhidmatan luar seperti Jabatan Bantuan Guaman, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan dan Klinik Bantuan Guaman,” katanya.

Susulan itu, katanya, bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam kes jenayah harus mudah diakses oleh mana-mana warganegara Malaysia serta kanak-kanak warganegara asing di peringkat tangkapan, reman, permohonan ikat jamin dan mitigasi oleh peguam.

Usaha menggubal sebuah akta khusus bagi menawarkan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023, Februari lalu. – Getaran, 11 April 2023
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad