web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Sabah Terima RM700 Bonus Aidilfitri, Pesara RM350

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 9:58AM

Hajiji Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 20,000 penjawat awam Sabah akan menerima bonus Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebanyak RM700 yang akan dibayar pada 17 April ini, umum Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Ketua Menteri Sabah bersama mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi di Semenanjung di sini malam tadi, beliau berkata sebanyak RM350 pula akan disalurkan kepada pesara kerajaan untuk tujuan sama.

“Kerajaan negeri (Sabah) seperti juga Kerajaan Persekutuan, sempena menyambut Aidilfitri dan Pesta Kaamatan, kita akan memberi bonus atau bantuan kepada penjawat awam negeri Sabah sebanyak RM700 manakala pesara RM350 yang akan dibayar minggu depan. Saya ingat 17 April ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bersedia menerima penyertaan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang dipecat semalam.

“Saya tidak boleh komen kerana ia membabitkan urusan parti UMNO…kalau mereka mohon untuk masuk PGRS, insya-Allah kita akan terima. Di Sabah banyak parti politik, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih,” katanya.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini dilapor mengumumkan pemecatan tiga ADUN UMNO yang menyokong pimpinan Hajiji semasa berlaku kemelut politik di Sabah Januari lepas.

Tiga ADUN terbabit ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad