Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wajar Benarkan Bekerja Hingga Usia 65 Tahun Kerana…

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 12:09PM

SPCAAM mencadangkan pekerja sama ada di sektor awam atau swasta seharusnya dibenarkan bekerja hingga berumur 65 tahun - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pekerja sama ada di sektor awam atau swasta seharusnya dibenarkan bekerja hingga berumur 65 tahun bagi memastikan mereka mendapat gaji berpatutan, mempunyai keupayaan berbelanja lebih dan mewujudkan rangsangan untuk pertumbuhan ekonomi selanjutnya.

Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’angelus berkata, pihaknya mencadangkan perkara itu dilaksanakan dengan syarat ia mestilah atas kerelaan pekerja sendiri.

Katanya, pekerja tidak boleh dipaksa untuk bersara dan tidak boleh dipaksa bekerja selepas mencapai usia persaraan wajib 60 tahun.

“Bagi mereka yang terus bekerja melebihi umur 60 tahun, ia tidak seharusnya melibatkan pekerjaan secara kontrak kerana ia akan menimbulkan amalan pekerjaan tidak menentu dan mengeksploitasi pekerja tua.

“Dengan cara ini, pekerja boleh bekerja melebihi umur 60 tahun dan sehingga 65 tahun, sekali gus mengurangkan tekanan ekonomi pada diri mereka dan negara secara keseluruhan.

“Bagi mereka yang memilih untuk bersara pada usia 60 tahun atas apa jua sebab, mereka harus dibenarkan berbuat demikian. Ini sepatutnya terpakai kepada kedua-dua sektor swasta dan awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pekerja tidak boleh dipaksa untuk bersara dan tidak boleh dipaksa bekerja selepas mencapai usia persaraan wajib 60 tahun - Gambar Hiasan Pexels
Pekerja tidak boleh dipaksa untuk bersara dan tidak boleh dipaksa bekerja selepas mencapai usia persaraan wajib 60 tahun - Gambar Hiasan Pexels

Beliau berkata, sekiranya cadangan pihaknya itu dilaksanakan, perniagaan juga akan mendapat manfaat kerana mempunyai akses kepada tenaga kerja berpengalaman untuk jangka masa lebih lama.

Ujarnya, ia juga akan menyaksikan perniagaan mempunyai alasan minima untuk mengadu mengenai kekurangan tenaga kerja mahir dan berpengalaman.

Terdahulu, wujud cadangan daripada pihak tertentu supaya kerajaan meningkatkan had umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun, seperti dilakukan beberapa negara maju, termasuk Singapura.

Usia persaraan ketika ini adalah 60 tahun dan sehingga kini, had pencen itu sudah mengalami tiga kali perubahan dalam tempoh 20 tahun.

Kali pertama, had usia persaraan penjawat awam dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001.

Tujuh tahun kemudian, usia persaraan dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun pada 2008.

Manakala empat tahun kemudian, had usia persaraan sekali lagi mengalami perubahan daripada 58 tahun kepada 60 tahun pada 2012.

Callistus berkata, cadangan supaya had usia itu dilanjut kepada 65 tahun, mencetuskan perdebatan pelbagai pihak berdasarkan beberapa hujah untuk menyokong dan menentang sekiranya langkah terbabit dilaksanakan, termasuk daripada aspek pertimbangan ekonomi individu dan makro.

Menurutnya, cadangan itu wajar dilaksanakan kerana kakitangan sektor swasta yang bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu mereka semasa bersara, kini berdepan dengan cabaran getir.

Usia persaraan ketika ini adalah 60 tahun dan sehingga kini, had pencen itu sudah mengalami tiga kali perubahan dalam tempoh 20 tahun - Gambar Hiasan
Usia persaraan ketika ini adalah 60 tahun dan sehingga kini, had pencen itu sudah mengalami tiga kali perubahan dalam tempoh 20 tahun - Gambar Hiasan

“Baru-baru ini, KWSP melaporkan bahawa 51.5 peratus ahlinya di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM10,000.

“Ini bermakna Malaysia sedang menuju ke arah krisis sosioekonomi serius bagi rakyatnya yang sudah bersara dan akan bersara,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kenyataan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mengambil pendirian bahawa umur persaraan tidak harus dinaikkan, memandangkan generasi muda akan kehilangan peluang pekerjaan, dibuat berdasarkan anggapan ekonomi salah.

Jelasnya, menurut Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jangka hayat global semasa kelahiran bagi kedua-dua jantina meningkat daripada 46.5 tahun pada tahun 1950 kepada 71.7 tahun (2022).

Dalam tempoh sama, katanya, peningkatan jangka hayat di Malaysia adalah daripada 52.8 tahun kepada 76.51 tahun.

“Oleh itu, tempoh hidup manusia pada masa sekarang adalah lebih lama, berbanding dahulu dan sukar menyara diri daripada segi ekonomi selepas bersara.

“Di mana orang bekerja dan mendapat gaji berpatutan, mereka mempunyai keupayaan berbelanja lebih, seterusnya mewujudkan rangsangan untuk pertumbuhan ekonomi selanjutnya.

“Platform untuk ekonomi yang teguh dan dinamik dicipta. Secara agregat, akan terdapat lebih banyak pekerjaan dalam ekonomi,” katanya.

Mengulas lanjut, Callistus berkata, sebaliknya, apabila orang ramai tidak bekerja secara bergaji dan tiada cukup simpanan untuk menyara diri daripada segi ekonomi sebaik bersara, tekanan itu dirasai secara peribadi serta lebih umum oleh ekonomi negara.

“Jepun adalah satu contoh, di mana kemajuan ekonomi sudah tersekat selama bertahun-tahun,” katanya.

Negara, katanya, memerlukan beberapa penyelesaian kreatif dan saksama dalam isu membabitkan pekerja di negara ini, selain pembaharuan besar dasar buruh serta ekonomi juga diperlukan.

“Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim, dengan agenda reformasi sedia ada, dilengkapi dengan baik untuk melaksanakan reformasi tersebut,” katanya. – Getaran, 9 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Skim Pencen Wakil Rakyat: DAP Bersama Kerajaan - Loke

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Tanggungjawab Moral Untuk Ahli Politik, Pesara Pilih Satu Pencen - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Keputusan Kajian Skim Saraan Penjawat Awam Turut Terpakai Kepada Ahli Politik - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Jamin Pencen Pesara Tidak Berkurangan - PM

Sorotan

1

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

2

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

3

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

4

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

5

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

6

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Kesan Pemilik Akaun Media Sosial Sebar Kebencian Terhadap Pemain Bola Sepak

Semasa 23 jam yang lalu

Sempadan Malaysia – Thailand Di Sungai Golok ‘Dikawal’ Kereta Perisai, Dron

Semasa 1 hari yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Sukan 57 minit yang lalu

Keadaan Faisal Halim Amat Positif Selepas Pembedahan Kedua