web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemampuan Anwar ‘Tambat Hati’ Beijing Turut Sesuai Digunakan Ketika Melawat Barat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 9:43AM

Anwar Ibrahim bersama Xi Jinping ketika lawatannya ke China hujung bulan lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lawatan empat hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China baru-baru ini, terbukti membuahkan hasil, dengan beliau berjaya menjamin kemasukan pelaburan berbilion dan mengeratkan hubungan bersama Beijing, sambil menunjukkan sikap berkecuali Malaysia di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak, kata penganalisis.

Pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Karl Lee berkata, walaupun liputan media dari kedua-dua negara seolah-olah mencerminkan Malaysia ‘berubah’ dari Barat ke arah China, pemerhati harus melihatnya dari segi konteks antarabangsa yang lebih luas.

“Kecenderungan untuk menyokong satu kuasa berbanding kuasa lain datang dengan akibat serius, terutamanya apabila perintah antarabangsa semasa menghadapi saling bergantung dan kuasa baharu atau kuasa yang diselaraskan masih belum ditubuhkan.

“Mana-mana negara, termasuk Malaysia, akan menganggap adalah tindakan bijak untuk mengamalkan sikap tunggu dan lihat sehingga terdapat perkembangan yang menunjukkan perintah antarabangsa baharu akan membuahkan hasil,” kata pensyarah di Institut Kajian China kepada The Vibes.

Karl Lee berkata, walaupun liputan media dari kedua-dua negara seolah-olah mencerminkan Malaysia ‘berubah’ dari Barat ke arah China, pemerhati harus melihatnya dari segi konteks antarabangsa yang lebih luas - Gambar laman web Universiti Malaya
Karl Lee berkata, walaupun liputan media dari kedua-dua negara seolah-olah mencerminkan Malaysia ‘berubah’ dari Barat ke arah China, pemerhati harus melihatnya dari segi konteks antarabangsa yang lebih luas - Gambar laman web Universiti Malaya

Lee menambah, kemampuan Anwar ‘menambat hati’ rakan sejawatnya dari luar negara, seperti ditunjukkan dengan pemimpin China itu, mungkin digunakan beliau apabila mengadakan lawatan rasmi ke negara Barat.

Dengan China sebagai satu daripada rakan dagang terbesar Malaysia, Lee berkata, lawatan Anwar boleh dilihat sebagai isyarat diplomatik ke negara itu yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Memandangkan pergeseran antara negara Barat, Moscow dan Beijing, Lee menasihatkan Malaysia supaya tidak menyokong mana-mana pihak.

“Negara-negara kecil seperti Malaysia sepatutnya mempunyai rancangan mereka sendiri untuk mengemudi kedua-dua dunia (negara), jika tidak, mereka berisiko mencetuskan permasalahan dengan berpihak kepada satu daripada dua kem itu.

“Memandangkan Anwar sudah membina tahap kepercayaan tertentu dengan pemimpin di Beijing, beliau perlu membina tahap kepercayaan sama dengan Washington, atau mana-mana kuasa Barat lain, sebagai sebahagian daripada sikap berkecuali dan ketidakselarasan Malaysia yang lama wujud.

“Lebih-lebih lagi, pelaburan masuk daripada Google, Microsoft, Amazon, malah Tesla, menunjukkan Malaysia juga memperoleh manfaat besar daripada pelaburan Amerika,” tambahnya.

 

Perangkap tersembunyi di sebalik pelaburan bernilai RM170 bilion?

Lee menolak kemungkinan kebimbangan bahawa Malaysia mungkin terikat atau berhutang dengan China berikutan perjanjian pelaburan RM170 bilion, kerana Putrajaya mempunyai pendekatan tersendiri untuk bekerjasama dengan Beijing.

Bagaimanapun, katanya, bagi memastikan pelaksanaan perjanjian terbabit, ia memerlukan kerjasama rentas kementerian.

Kemampuan Anwar ‘menambat hati’ rakan sejawatnya dari luar negara, seperti ditunjukkan dengan pemimpin China itu, mungkin digunakan beliau apabila mengadakan lawatan rasmi ke negara Barat.

“Perjanjian RM170 bilion menunjukkan pelabur China sangat berminat untuk melabur di Malaysia, malah melihat negara ini sebagai hab serantau untuk pelaburan mereka.

“Ia bermaksud, semua perjanjian pelaburan kekal sebagai memorandum persefahaman yang memerlukan pelaksanaan di lapangan untuk merealisasikan perjanjian ini,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak berkepentingan yang terlibat dalam pelaburan itu adalah syarikat swasta Malaysia dan China yang tidak menggunakan dana kerajaan.

Anwar memetik minat Putrajaya untuk menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura melalui inisiatif swasta dan ini telah menarik minat China.

 

Pertikaian Laut China Selatan

Manakala, Profesor Roy Anthony Rogers Peter Rogers dari UM menyatakan, Malaysia tetap teguh dalam melindungi kepentingan kedaulatannya walaupun dasar luarnya tidak sejajar dengan mana-mana kuasa besar tertentu.

Apapun, Rogers berkata, Putrajaya akan terus mendapat manfaat daripada China dan Amerika Syarikat (AS).

Mengulas mengenai isu pertikaian kawasan Laut China Selatan, Rogers berkata, Malaysia mempunyai kedudukan jelas dan konsisten.

Profesor Roy Anthony Rogers Peter Rogers (tengah) menyatakan, Malaysia tetap teguh dalam melindungi kepentingan kedaulatannya walaupun dasar luarnya tidak sejajar dengan mana-mana kuasa besar tertentu - Gambar Facebook Universiti Malaya
Profesor Roy Anthony Rogers Peter Rogers (tengah) menyatakan, Malaysia tetap teguh dalam melindungi kepentingan kedaulatannya walaupun dasar luarnya tidak sejajar dengan mana-mana kuasa besar tertentu - Gambar Facebook Universiti Malaya

“(Anwar) bersikap diplomatik tetapi tegas dalam pendiriannya apabila menyebut Petronas akan meneruskan aktivitinya di Laut China Selatan, memandangkan ia berada di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

“Tetapi, jika China mempunyai isu (dengan itu), maka kedua-dua negara harus berunding,” katanya kepada The Vibes.

Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah itu menambah, hubungan Anwar dengan China adalah mesra pada masa lalu, malah yakin Beijing berhasrat untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri baru dilantik itu.

Tambahnya, hubungan dua hala antara kedua-dua negara terus kukuh, walaupun berdepan cabaran tertentu, dengan melihat inisiatif Malaysia mengiktiraf China sebagai rakan kongsi selama 49 tahun.

Namun begitu, beliau menegaskan, bahawa ‘hubungan istimewa’ itu harus dipelihara dan tidak diambil mudah.

 

Elakkan kebuntuan politik

Sementara itu, Fellow Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, lawatan Anwar adalah penting, memandangkan Malaysia memerlukan suntikan modal asing.

Oh menambah, Anwar dikenali sebagai ikon demokrasi berjaya mengelak perselisihan faham politik dengan kerajaan autokratik China semasa lawatan itu, memandangkan kedua-dua negara menumpukan perhatian kepada perkara ekonomi dan mengetepikan perbezaan ideologi.

Oh Ei Sun berkata Anwar Ibrahim dikenali sebagai ikon demokrasi berjaya mengelak perselisihan faham politik dengan kerajaan autokratik China semasa lawatan itu - Gambar Fail
Oh Ei Sun berkata Anwar Ibrahim dikenali sebagai ikon demokrasi berjaya mengelak perselisihan faham politik dengan kerajaan autokratik China semasa lawatan itu - Gambar Fail

Ditanya sama ada sentimen serupa berlaku ketika lawatan Anwar ke Filipina sebelum ini untuk bertemu dengan Presiden Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr, Oh berkata tidak perlu melihat ke luar negara kerana sudah ada anggota kerajaan Anwar menghadapi tuduhan rasuah.

Keluarga Marcos membina reputasi untuk mengumpul kekayaan dan aset sangat besar melalui rasuah berleluasa semasa pemerintahan Ferdinand Marcos Sr yang bertentangan dengan advokasi anti-rasuah Anwar.

Oh juga berkata, seperti kuasa besar lain, China menghormati Anwar sebagai seorang pemimpin berkaliber tinggi yang beliau percaya menjadi antara sebab mengapa negara itu ‘berminat’ untuk menyambutnya. – The Vibes, 9 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar