web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Dibaling Mercun Sejak Hari Pertama Ramadan, 2 Ahli Keluarga 'Bocor' Kepala

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 7:15AM

Salah seorang ahli keluarga pengadu mengalami kecederaan di kepala akibat terkena balingan mercun sehingga perlu mendapatkan rawatan di klinik - Tangkapan layar video

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermain mercun atau bunga api sudah menjadi tradisi masyarakat di negara ini terutama menjelang musim perayaan.

Bagaimanapun, sekiranya aktiviti itu tidak dikawal, ia sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman awam dan boleh mendatangkan kemudaratan termasuk kecederaan. 

Begitulah situasi menimpa sebuah keluarga di Kampung Changkat Kiri, Gombak yang terganggu dek bunyi bising mercun selain mendakwa kediaman mereka ‘diserang’ bertubi-tubi dengan bahan letupan itu sejak hari pertama Ramadan. 

Berkongsi perkara itu di TikTok, gadis yang menggunakan akaun 'Anak Yatim' memuat naik video keadaan rumahnya menjadi sasaran balingan mercun pihak tidak bertanggungjawab selepas waktu berbuka puasa. 

“Mercun serang rumah, kalau macam ini, boleh ambil tindakan apa ya? Dah tegur tapi tak jalan. Hari pertama puasa mereka dah mulakan dan bertubi-tubi mereka baling mercun bola. 

“Mereka cellotape mercun bola dengan batu supaya shoot (baling) sampai ke tempat kami, walhal kami langsung tidak mulakan, tapi kenapa rumah kami yang kena serang," katanya di TikTok. 

Berdasarkan beberapa video dikongsi wanita terbabit, ia memaparkan sekumpulan individu sedang berkumpul dari kawasan seberang sungai berhadapan kediaman keluarganya. 

Selain menghalakan berdas-das letupan mercun, turut kedengaran suara sekumpulan individu sedang leka dan berseronok bermain mercun. 

Dalam pada itu, pemilik video berkenaan berharap penjelasan diberikan oleh pihak yang memulakan ‘serangan’ tersebut walaupun keluarganya tidak bermain mercun atau bunga api. 

“Sila beri penjelasan kenapa rumah saya diserang sedangkan kami tidak pernah membalas atau pernah lagi untuk bermain mercun. 

“Kalau ada pihak sana yang cuba mempertahankan, sila tampilkan video ini dengan video yang anda semua ada. Lagi banyak video lagi senang untuk kita bincang di balai,” katanya.

Sementara itu, gadis berkenaan turut berkongsi salah seorang ahli keluarganya mengalami kecederaan di kepala akibat terkena balingan mercun sehingga perlu mendapatkan rawatan di klinik. 

Justeru, dia memaklumkan akan melaporkan insiden berkenaan kepada pihak berkuasa agar tindakan tegas dapat diambil. 

“Semua boleh melihat, mereka akan bersorak bila mercun kena dekat orang. Ada masalah mental ya, bila bahagia tengok orang terluka. 

“Apa yang paling kejam, mereka akan baling batu bila mercun habis. Sudah dua orang kepala bocor (cedera) disebabkan batu yang mereka baling sehingga mendapat tiga jahitan,” katanya. 

Berdasarkan tinjauan Getaran di ruangan komen, majoriti netizen mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan menggesa keluarga terbabit membuat laporan polis dengan segera untuk tindakan susulan.

“Ini perbuatan melampau sehingga ada melibatkan kecederaan. Sila segera lapor kepada polis, biar mereka menyesal lakukan perbuatan terbabit," kata Amri Zahari. 

“Jangan terus berdiam diri, perbuatan ini tidak boleh diberi muka kerana melibatkan ancaman keselamatan diri. Jangan jadikan perkara ini budaya sehingga laporan tidak dilakukan,” kata Syamimi Izani.

Pada masa sama, terdapat juga netizen yang mendakwa serangan itu berlaku sebagai reaksi balas kepada tindakan provokasi daripada keluarga terbabit.

“Bukan perang suka sama suka ke? Sebab ada nampak video dari rumah sana juga. Dia cakap rumah ini pun serang ke sana,” kata kerepek ubi. 

Bagaimanapun, mangsa tampil menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan ahli keluarganya bermain mercun tanpa pernah menyasarkan ke kediaman pelaku. 

“Dia dah padam (video), sebab apa? Kerana pihak sana salah. Belah sini main hanya sekadar untuk suka-suka. 

“Tiada (niat) mahu menyerang rumah mereka sehingga mereka sendiri menyerang rumah saya,” kata gadis itu lagi. - Getaran, 9 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kebakaran Di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar