web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Kerajaan Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:55PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (duduk lima, kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (duduk lima, kanan) berkenan mengambil gambar bersama pemimpin-pemimpim kerajaan negeri semasa berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Agensi di Seri Mutiara di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama kepimpinan kerajaan negeri di Seri Mutiara, kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di sini

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor, serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee.

Majlis berkenaan dimulakan dengan acara menghadap dan persembahan cenderamata.

Seri Paduka berdua turut bercemar duli untuk menanam pokok dan sesi bergambar bersama barisan exco kerajaan negeri, sebelum baginda mengambil tempat menyertai majlis santapan berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat Maghrib.

Seri Paduka berdua berada di Pulau Pinang sempena lawatan tiga hari sehingga Sabtu ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Kurnia Sijil Pandu Puteri Raja

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Perlu Jalankan Tugas Dengan Integriti, Utamakan Kepentingan Rakyat - Agong

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Miliki Potensi Besar Dalam Teknologi Blok Rangkaian - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad