web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IPR: Sambutan Baik, Ada Peserta Raih Pendapatan RM450 Sehari - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:19PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mendapat sambutan baik daripada peserta dan pengguna, malah mencapai sasaran ditetapkan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, menerusi maklum balas terkini diterima beliau, ada peserta Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) di bawah IPR berjaya memperoleh pendapatan RM450 sehari ketika Ramadan menerusi bisnes mesin vending.

“Ada saya tengok yang terbaru di Universiti Teknologi MARA (UiTM), iaitu nampak lumayan kerana walaupun dalam bulan Ramadan, penjualan melalui mesin vending ini mencatat lebih kurang RM450 sehari.

“Jadi boleh bayangkan kalau RM450 sehari, maksudnya untuk dapatkan RM4,000 hingga RM5,000 sebulan itu memang bersih kerana margin selalunya 50 peratus insya-Allah tiada masalah,” katanya menerusi rakaman video dikongsikan.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahawa dengan mengikuti kerangka IPR disediakan, peserta program itu boleh mendapat anggaran pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

Katanya, ia juga mendorong golongan penerima bantuan terus berniaga.

Dorongan itu, katanya, turut disumbangkan menerusi sokongan pihak yang sedia berjaya dalam perniagaan, syarikat bukan kerajaan (GLC) dan sektor swasta utama.

“Dari segi sambutan, itu baik, terutamanya di kawasan separa bandar dan bandar.

“Dapatan awal daripada penerima sedia ada contohnya, pendapatan itu menepati sasaran, iaitu memastikan sekurang-kurangnya pendapatan bersih (peserta), RM2,000 sebulan,” katanya.

Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, kerajaan akan melaksanakan IPR dengan peruntukan sejumlah RM750 juta kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan bantuan berkenaan.

IPR menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu, mampu menjana pendapatan sendiri melalui hasil diperoleh.

Diselia Kementerian Ekonomi, IPR mampu membantu golongan miskin tegar keluar daripada kelompok kemiskinan.

Terdahulu ketika berucap pada Majlis Pelancaran IPR di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, Ampang, Selangor pada 26 Februari lalu, Rafizi berkata, tiga model diperkenalkan di bawah IPR, iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Jelasnya, IPR yang turut menawarkan latihan kepada peserta itu, bertujuan mengatasi struktur ekonomi negara di peringkat akar umbi menerusi kegiatan penjanaan pendapatan yang bersesuaian.

“Program IPR ini juga berperanan sebagai strategi serampang dua mata, iaitu menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 (berpendapatan rendah) dan menyelesaikan struktur ekonomi,” katanya.

Rafizi berkata, INTAN diperkenalkan bagi mengatasi kekurangan bahan mentah makanan menerusi usaha menambah bekalan setempat, selain memastikan keterjaminan makanan setempat melalui tanaman dalam sektor strategik.

“INSAN menetapkan harga makanan siap RM2 mengikut templat bagi mengatasi harganya yang mahal. Ia juga mengelakkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan perubahan gaya hidup pembeli.

“Manakala IKHSAN mengatasi kesukaran mencari pekerja untuk khidmat tertentu dengan melantik penerima miskin tegar B40, selain kebergantungan kepada pekerja asing menerusi perubahan persepsi rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, bagi tahun ini, IPR mensasarkan 100,000 penerima daripada isi rumah miskin tegar dan B40; pembimbing dalam kalangan peniaga, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan (5,000) serta Koperasi Basmi Miskin Tegar (KOBMIT) (150).

“Pada 2024, jumlah sasaran itu, masing-masing ditambah kepada 150,000 penerima, 7,000 pembimbing dan 200 KOMBIT,” katanya. - Getaran, 6 April 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad