web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azerbaijan Utamakan Hubungan Rapat Dengan Malaysia - Presiden Aliyev

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 7:00PM

Ilham Aliyev - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Azerbaijan amat mementingkan hubungan persahabatannya dengan Malaysia, kata Presidennya Ilham Aliyev sempena ulang tahun ke-30 jalinan hubungan dua hala antara kedua-dua negara pada Rabu.

Dalam surat tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beliau berkata Azerbaijan gembira melihat dinamika pembangunan hubungan antara negaranya dengan Malaysia dalam tempoh tiga puluh tahun serta peningkatan kerjasama kedua-dua negara untuk kepentingan bersama.

Presiden Aliyev turut menekankan mengenai kerjasama bermanfaat kedua-dua negara dalam institusi antarabangsa, khususnya dalam Pertubuhan Kerjasama Islam dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

“Hari ini, banyak peluang yang baik untuk mengembangkan lagi hubungan antara negara kita.

“Saya yakim kita akan terus memperdalam hubungan mesra dan kerjasama dua hala dan pelbagai hala menerusi usaha bersama dalam kedudukan semasa,” katanya dalam surat berkenaan yang disediakan kepada Bernama oleh kedutaan Azerbaijan di Malaysia.

Kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada 5 April 1993. Azerbaijan membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada Jun 2007 manakala kedutaan Malaysia di Baku dibuka pada 1 April 2014. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad