web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doktor Malaysia Rangkul Anugerah Global Berprestij Untuk Penyelidikan Kanser

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 7:06AM

Dr Woo Yin Ling (dua kiri) memenangi Anugerah Rachel Pearline 2023 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan globalnya kepada penyelidikan dan amalan kanser di negara berpendapatan rendah dan sederhana. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Profesor Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya Dr Woo Yin Ling memenangi Anugerah Rachel Pearline 2023 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan globalnya kepada penyelidikan dan amalan kanser di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut Yayasan Rose dalam kenyataan hari ini, Dr Woo telah mengkonseptualisasikan dan melaksanakan Program ROSE (Removing Obstacles to Servical ScrEening) iaitu program saringan serviks inovatif yang menggabungkan pensampelan kendiri HPV.

Program tersebut menawarkan pilihan untuk menggunakan ujian swab kendiri kepada wanita sebagai satu  pendekatan yang cepat, tidak menyakitkan dan berkesan untuk membolehkan ujian PCR HPV dijalankan.

“Ujian diproses di makmal Yayasan ROSE sendiri yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan serviks berpusat menggunakan ujian HPV dan keputusan dihantar terus ke telefon bimbit wanita melalui SMS atau WhatsApp.

“Wanita yang didapati positif HPV kemudiannya disambungkan ke hospital tertier terdekat untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu.

Sejak 2019, Program ROSE telah menyaring lebih 23,000 wanita di seluruh Semenanjung  Malaysia, Sabah dan Sarawak, dengan kebanyakan mereka terdiri daripada komuniti yang kurang  berkemampuan dan kurang disaring.

Dr Woo dalam kenyataan sama berkata ia adalah penghormatan besar untuk Malaysia dan pengiktirafan tersebut adalah bukti bahawa rakyat Malaysia boleh menjayakan banyak perkara jika mereka bekerjasama.

“Program ROSE adalah kemuncak usaha kerjasama yang besar daripada ramai rakyat Malaysia yang percaya kepada visi Malaysia untuk bebas daripada kanser serviks,” katanya.

Program ROSE dilancarkan pada Januari 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Program tersebut adalah inisiatif Yayasan ROSE yang bermatlamat menjadikan Malaysia antara negara pertama di rantau ini yang bebas daripada kanser serviks, iaitu kanser kedua paling banyak dihidapi wanita di bawah umur 44 tahun, di negara ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad