web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Sultanate Land’ Bermaksud Sultan Lindungi Tanah, Berhenti Kelirukan Orang Asli - MB Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 9:00PM

Onn Hafiz Ghazi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di Johor diletakkan di bawah status ‘sultanate land’ atau Tanah Kesultanan bagi mengelakkan mana-mana pihak berbuat sesuka hati, mengambil kesempatan atau menyalahgunakan tanah rizab berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tanah diwartakan sebagai ‘sultanate land’ bukan bermaksud ia milik peribadi Sultan, tetapi dilindungi baginda bagi memastikannya ‘selamat’.

Katanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah ‘custodian’, iaitu ‘pelindung’ kepada tanah rizab itu bagi terus menjaga hak dan kepentingan Orang Asli di negeri berkenaan.

“Orang Asli Johor boleh menggunakan dan menikmati hasil hutan seperti termaktub dalam Akta Orang Asli 1954,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Onn Hafiz berkata, sejarah membuktikan bahawa semenjak pemerintahan Sultan Abu Bakar dan sebelum wujudnya Akta Orang Asli 1954, kedudukan serta penempatan Orang Asli di Johor dijaga dan dibela Kesultanan negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri (Johor) berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mempertikaikan dan mengelirukan Orang Asli lagi.

“Janganlah menangguk di air keruh dan memutarbelitkan hasrat murni kerajaan negeri ini.

“Jika ada mana-mana pihak memerlukan penjelasan dan maklumat lebih terperinci, boleh berhubung dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, mutakhir ini kerajaan Johor menerima pelbagai aduan mengenai eksploitasi dibuat terhadap Orang Asli oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi kepentingan peribadi.

Antara aduan itu, katanya, penerokaan secara tidak sah tanah rizab Orang Asli di Johor yang dibangunkan bagi tujuan hasil komersial.

Malah, ujarnya, Orang Asli sering digunakan sebagai juru pandu untuk memburu hidupan liar dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.

“Tidak cukup dengan itu, ada Orang Asli digunakan untuk mengekstrak hasil hutan secara haram, seperti kayu gaharu dan logam bernilai,” katanya.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri sangat peka dan prihatin terhadap eksploitasi dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu kepada Orang Asli di Johor.

“Oleh itu, bagi terus melindungi dan menjaga hak Orang Asli di Johor, suka kerajaan negeri ingatkan bahawa kita mempunyai undang-undang yang akan terus digunakan untuk melindungi mereka.

“Antara undang-undang diguna pakai adalah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Enakmen Tanah Kesultanan 1934, Kanun Tanah Negara (Akta 828), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Kaedah-kaedah Tanah Johor 1966.

“Kerajaan negeri menjunjung titah dan menyokong sepenuhnya titah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Negeri Johor Darul Ta’zim semasa merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor Ke-15 pada 16 Mac lalu,” katanya.

Terdahulu, Sultan Johor ketika bertitah pada Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, mengingatkan masyarakat Orang Asli bahawa mereka wajib mematuhi undang-undang walaupun kedudukan golongan itu dilindungi Perlembagaan, dengan tidak melakukan pencerobohan hutan.

Baginda bertitah, perbuatan itu adalah salah dan masyarakat berkenaan juga tidak terkecuali daripada undang-undang terbabit.

Titahnya, sejak dahulu kerajaan sentiasa menjaga kebajikan Orang Asli di Johor dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan, selain memberikan bantuan bagi menaiktaraf kehidupan mereka.

“Kerajaan (negeri) juga menyediakan kawasan penempatan Orang Asli lebih tersusun dengan kemudahan bekalan air, elektrik dan kemudahan awam yang memberi keselesaan kepada mereka.

“Namun begitu, saya merasa kecewa apabila ada segelintir Orang Asli yang membuka kawasan hutan simpan kerajaan untuk dijadikan ladang getah dan kelapa sawit secara besar-besaran,” titahnya.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah, baginda percaya terdapat orang luar yang menjadi dalang dalam hal itu dan cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan hak Orang Asli sebagai alasan.

“Malah, ada juga yang cuba menuntut ‘kawasan rayau’ yang tidak masuk akal.

“Kalau hendak diikutkan, awak semua di dalam Dewan ini pun banyak tempat merayau,” titah baginda. - Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Kolum 4 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad