web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua Ahli Parlimen Perlu Sokong RUU Kawalan Tembakau Kekang Penularan Vape

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 7:03AM

RUU itu mampu menjadi teras kepada kawalan penularan penggunaan vape serta rokok, selain mengambil pendekatan mewujudkan generasi penamat rokok dalam negara. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menggesa semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok  2022 yang akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada Mei ini.

Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawarnya, Datuk Jamelah A Bakar berkata, RUU itu mampu menjadi teras kepada kawalan penularan penggunaan vape serta rokok, selain mengambil pendekatan mewujudkan generasi penamat rokok dalam negara.

“Kami yakin kerajaan yang sudah merdeka selama 66 tahun mempunyai kewibawaan yang tinggi untuk menggubal satu RUU khas kepada produk tembakau dan tabiat merokok serta mengiktiraf perbuatan merokok dan menghisap vape itu memudaratkan generasi muda.

“Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok amat penting demi generasi muda Malaysia yang sihat tanpa rokok dan terhindar daripada penyalahgunaan dadah," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak industri juga perlu memainkan peranan dengan menghormati hak rakyat Malaysia serta lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan awam dengan menerima penggubalan undang-undang terbabit.

“Ini kerana didapati terdapat pihak industri tembakau yang bertapak di Malaysia amat gusar serta menentang hasrat keupayaan Kementerian Kesihatan (KKM) menggubal RUU itu dan memperkenalkan dasar generasi penamat rokok.

“Adalah wajar pihak industri menghormati hak rakyat Malaysia, bukan mengaut keuntungan semata-mata serta melobi pihak berkepentingan untuk memastikan produk mereka berkekalan di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dilaporkan akan membentangkan RUU baharu yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok yang mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok.

Malah, semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan RUU baharu yang akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok yang mengandungi nikotin tidak akan dilengahkan dan dibentangkan Mei ini.

Pada masa sama, Jamelah turut menzahirkan kebimbangan mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape yang menjadi pembuka jalan kepada penyalahgunaan dadah menjadi di luar kawalan di negara ini.

Katanya, perkara itu jelas dilihat menerusi laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mencampurkan bahan tersebut ke dalam cecair vape.

“Cecair ketamin, magic mushroom, pati ganja, syabu yang berselindung di sebalik perisa fruity, creamy atau free base. Ini jelas dan nyata bahawa vape berpotensi digunakan bagi penyalahgunaan pelbagai jenis dadah berbahaya.

“Pada 2019, 300,000 pelajar sekolah di seluruh negara menjadi pengguna vape. Hari ini dilaporkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah melalui kajian oleh KKM adalah pengguna rokok,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan juga perlu memperhebatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok dan penyalahgunaan rokok elektronik atau vape.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni mendedahkan, saringan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi  program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.

Beliau berkata, bagi tempoh sama, hasil saringan yang dijalankan terhadap dua juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan perbuatan itu.

Katanya, KKM akan terus memperkasa dan memperluaskan program Generasi Penamat-Anti-Rokok (GEGAR-18) bagi memberi pengetahuan perundangan dan pendidikan berterusan untuk mewujudkan persekitaran bebas dari sebarang bentuk amalan merokok. – Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 56 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan