web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mogok Doktor Malaysia Nyahaktif Akaun Instagram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 9:08PM

Beberapa akaun media sosial Mogok Doktor Malaysia termasuk di Instagram dan Telegram telah dinyahaktifkan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mogok Doktor Malaysia telah memadamkan akaun media sosialnya, hanya dua hari selepas kumpulan itu merancang mengadakan mogok untuk mendesak layanan lebih baik diberikan terhadap petugas kesihatan awam.

Tinjauan The Vibes terhadap dua akaun Instagram yang diwujudkan untuk menyebarkan maklumat mengenai mogok dan tuntutan kumpulan terbabit mendapati, akaun tersebut sudah dinyahaktifkan.

Pautan yang sebelum ini membawa kepada saluran Telegram kumpulan itu juga tidak lagi boleh diakses.

Difahamkan keputusan kumpulan itu untuk memadam dua akaun Instagram milik mereka baru sahaja dilakukan kerana The Vibes dapat menghantar mesej kepada pengendali laman Instagram terbabit sekitar jam 11 pagi tadi.

Operasi di Hospital Kuala Lumpur berjalan seperti biasa meskipun semalam kumpulan doktor kontrak merancang melancarkan mogok. - Gambar oleh Azim Rahman
Operasi di Hospital Kuala Lumpur berjalan seperti biasa meskipun semalam kumpulan doktor kontrak merancang melancarkan mogok. - Gambar oleh Azim Rahman

Semalam, petugas hospital di beberapa kawasan memberitahu pemberita bahawa perkhidmatan penjagaan pesakit tiada sebarang perubahan, dengan keadaan hospital tidak terjejas disebabkan mogok berkenaan.

Sebelum ini, jurucakap penganjur mogok itu memberitahu The Vibes bahawa sekurang-kurangnya 10,000 hingga 12,000 doktor kontrak dijangka mengambil bahagian dalam mogok berkenaan yang dirancang bermula semalam sehingga esok.

Beberapa tuntutan dibuat kumpulan itu, termasuk mendesak kerajaan menyerap semua pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap dan skim pampasan ditambah baik.

Kumpulan itu yang pengasasnya tidak dikenali, sebelum ini enggan menjawab permintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komen kerana mendakwa portal berita itu dimiliki ‘DAP atau parti politik berkaitan Pakatan Harapan’.

Ahli Jawatankuasa Kesihatan Perikatan Nasional (PN), Dr Aiman ​​​​Alias ​​kemudiannya menafikan penglibatan gabungan itu dalam mogok berkenaan.

Sebaliknya beliau berkata, gabungan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya menyokong tindakan gerakan tersebut.

Pada 2021, kumpulan lain yang dikenali sebagai Hartal Doktor Kontrak mengadakan demonstrasi secara aman di seluruh negara.

Bagaimanapun kumpulan itu mendedahkan secara terbuka bahawa mereka tiada kaitan dengan mogok kali ini.  - The Vibes, 4 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar