Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Elaun ‘On Call’ Diperluas Kepada Pegawai Perubatan Di Enam Klinik Projek Rintis - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 12:35PM

Anwar bercakap di sidang Parlimen hari ini. - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya elaun ‘on call’ diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani kesesakan di hospital.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peluasan bagi elaun berkenaan turut dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

“Kerajaan bersetuju bahawa elaun tugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang ‘on call’ di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital dan waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji kemudahan ini supaya ia dipanjangkan kepada semua selain pegawai perubatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah elaun ‘on call’ kepada doktor. 

Perdana Menteri berkata walaupun kadar semasa elaun ‘on call’ adalah bersesuaian, ia perlu ditambah kerana ketika ini, elaun itu tidak merangkumi kepada pegawai perubatan yang bertugas di klinik kesihatan atau jabatan kecemasan hospital.

“Kadar semasa elaun tugas on call sama ada berkhidmat secara tetap atau kontrak yang diarah menjalankan tugas panggilan selepas waktu bekerja biasa di hospital kerajaan, hospital universiti, hospital Angkatan Tentera Malaysia atau hospital klinik desa, masih bersesuaian dengan penetapan kadar mengikut hari tugas jam.

“Ia masih bersesuaian berbanding dengan kadar elaun-elaun lain yang diterima oleh perkhidmatan lain," kata Anwar.

Mengenai isu penyerapan doktor kontrak dalam perkhidmatan awam, beliau berkata kerajaan menjangkakan seramai 12,800 daripada 20,330 doktor lantikan kontrak akan diserap dalam tempoh tiga tahun.

“Pada tahun ini, kita jangka 4,300 doktor kontrak diserap," katanya dan menambah tuntutan penyerapan dalam kalangan doktor kontrak ke lantikan tetap adalah munasabah kerana isu itu sudah lama tertangguh.

“Namun untuk menyelesaikan isu ini pada tahun ini, kita tidak mampu, tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah dengan (sediakan) peruntukan tambahan RM1.7 bilion daripada RM3 bilion emolumen untuk Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2023,” katanya.

Anwar berkata jumlah RM1.7 bilion itu merangkumi peruntukan tambahan bagi keperluan pegawai kontrak serta pelantikan ke jawatan tetap yang diserap daripada pegawai kontrak.

Anwar seterusnya menyampaikan penghargaan kepada semua doktor kontrak kerana tidak meneruskan rancangan pihak tertentu untuk mengadakan mogok sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata kerajaan akan terus komited menangani isu berkenaan kerana doktor kontrak telah berkhidmat secara baik dan negara memerlukan perkhidmatan mereka.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Wilfred yang ingin tahu jumlah keseluruhan pegawai perubatan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam dan implikasi kewangan yang terlibat, sekiranya semua anggota kesihatan berkenaan diserap masuk dan seterusnya dilantik secara tetap.

Sementara itu, Anwar berkata sekiranya ada mana-mana petugas kesihatan termasuk pembantu perubatan pentadbir yang diberhentikan atau tidak disambung tanpa sebab, maka kerajaan akan mengambil tindakan supaya mereka bertugas semula.

“Dasar kita, bukan sahaja doktor tetapi semua pegawai terlibat dalam bidang perubatan ini termasuk pembantu perubatan, ahli farmasi dan petugas klinik kesihatan adalah dilayan dengan sama,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 14 jam yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Politik 17 jam yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM