web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1MDB: DiCaprio Beri Keterangan Mengenai Rancangan Jho Low Derma Untuk Kempen Obama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 12:31PM

DiCaprio berkata, dia memutuskan hubungan dengan Jho Low pada 2015 selepas timbul dakwaan mengaitkan lelaki itu dengan skandal 1MDB. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon, Leonardo DiCaprio memberitahu mahkamah Amerika Syarikat (AS) mengenai tindakan keterlaluan ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, ketika memberi keterangan pada perbicaraan penyanyi rap Pras Michel di Washington semalam.

Bintang Hollywood berusia 48 tahun itu yang menjadi saksi pendakwaan berkata, dia memutuskan hubungan dengan Jho Low pada 2015 selepas timbul dakwaan mengaitkan lelaki itu dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Terdahulu seperti dilaporkan Bloomberg, aktor itu berkata, sebelum memutuskan hubungan antara mereka, Jho Low memberitahu DiCaprio bahawa dia akan menderma ‘sekitar US$20 hingga US$30 juta’ kepada Parti Demokrat.

“Saya berkata, ‘Wah, ia membabitkan wang yang banyak’,” kata DiCaprio.

Michel, 50, warga Haiti-Amerika, dibicarakan atas tuduhan ‘melibatkan’ sumbangan haram dalam kempen pemilihan semula mantan Presiden AS, Barack Obama pada 2012 kerana warga asing tidak dibenarkan menyumbang kepada kempen pilihan raya negara berkenaan.

Pertuduhan itu berbunyi ‘Objek konspirasi adalah untuk Michel dan Jho Low mendapat akses kepadanya dan mempunyai potensi pengaruh dengan Calon A dan pentadbirannya, dengan secara rahsia menyalurkan wang asing daripada Jho Low melalui Michel’.

Michel yang memenangi anugerah Grammy juga berdepan pertuduhan melobi rahsia yang dikaitkan dengan pentadbiran Donald Trump untuk menggugurkan siasatan terhadap Jho Low, berhubung dakwaan menyedut dana daripada 1MDB.

Dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Di mahkamah, DiCarpio memberi keterangan bahawa pasukan peguamnya sudah melakukan pemeriksaan latar belakang terhadap Jho Low apabila menyatakan minat untuk membiayai filem ‘The Wolf of Wall Street’.

DiCaprio berkata dia ‘diberi lampu hijau’ oleh peguamnya serta studio untuk menerima pembiayaan itu.

Pelakon itu berkata, Jho Low dilihat sebagai ‘ahli perniagaan jujur’ dan dia turut menerima hadiah untuk yayasan alam sekitarnya daripada ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang terbabit.

Dia juga memberitahu mahkamah mengenai pesta mewah yang diadakan Jho Low di atas bot dan kelab malam, dengan Michel hadir beberapa kali. - The Vibes, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar