web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Jawab Isu Vape, Pegawai Perubatan Kontrak, Lawatan Ke China Di Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 9:34AM

Anwar Ibrahim akan menjawab persoalan berkaitan produk cecair bagi kegunaan alat rokok elektronik atau vape serta perkhidmatan pegawai perubatan secara lantikan kontrak, pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab persoalan berkaitan produk cecair bagi kegunaan alat rokok elektronik atau vape serta perkhidmatan pegawai perubatan secara lantikan kontrak, pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan laman rasmi Parlimen, persoalan mengenai justifikasi tindakan kerajaan menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952 akan diajukan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat).

Selain itu, Ahmad Yunus juga ingin tahu berhubung pertimbangan kerajaan tentang implikasi negatif penyahsenaraian produk cecair dan gel nikotin itu.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) pula bertanya mengenai jumlah keseluruhan pegawai perubatan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam serta implikasi kewangan yang terlibat sekiranya semua anggota kesihatan itu diserap masuk dan seterusnya dilantik secara tetap.

Sementara itu, Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengemukakan soalan mengenai hasil positif lawatan Perdana Menteri ke China baru-baru ini, dari segi ekonomi dan peluang pelaburan serta manfaat yang rakyat Malaysia peroleh kelak.

Kesemua soalan berkenaan dikemukakan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Selesai sesi itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dijadual membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, masing-masing bagi bacaan kali pertama.

Kemudian, persidangan diteruskan dengan Perdana Menteri juga dijadual mengemukakan usul dengan mencadangkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) dan Wong Shu Qi (PH-Kluang), masing-masing dipilih sebagai Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi Majlis Parlimen Ke-15.

Selain itu, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, serta Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023, turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk bacaan kali kedua.

Pada 28 Feb lepas, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 ditambah dua hari lagi iaitu pada 3 dan 4 April, menjadikan tempoh bersidang keseluruhan selama 31 hari.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan beberapa rang undang-undang dan urusan kerajaan dapat dibentang dan diputuskan di Dewan Rakyat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan