web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Solidariti Bersama Doktor Kontrak Tetapi Tidak Setuju Tindakan Mogok - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 3:54PM

Operasi di Hospital Kuala Lumpur berjalan seperti biasa meskipun mogok doktor kontrak dilancarkan di seluruh negara selama tiga hari, mulai hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersolidariti dengan isu doktor kontrak namun tidak bersetuju dengan langkah kumpulan itu yang mahu melancarkan mogok di seluruh negara sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata tindakan mogok itu boleh menjejaskan sistem penyampaian kesihatan kerajaan kepada rakyat.

Adnan berkata kumpulan itu sendiri tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengambil tindakan perusahaan seperti mogok kerana mereka tidak berkesatuan, pada masa sama boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan perkhidmatan awam.

Adnan Mat
Adnan Mat

"Maka dengan itu telah mendedahkan mereka ini (untuk) berada dalam tindakan dan peraturan dalam perkhidmatan serta akhirnya boleh menjejaskan kemajuan kerjaya mereka yang telah pun ada dalam sistem perkhidmatan walaupun sebagai pekerja kontrak," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah serta Presiden AUEGCAS Asman Mohd Nawawi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi jawatankuasa peringkat tertinggi bagi menyelesaikan isu itu berkata kerajaan akan memastikan situasi menang menang dicapai supaya tiada pihak berasa rugi atau tersingkir. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek