web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Sifatkan Kejayaan Besar Di China Hasil Kerjasama Rentas Kementerian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 9:43AM

Anwar Ibrahim (tengah) hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan luar biasa sempena lawatan rasmi beliau ke China baru-baru ini adalah hasil daripada semangat berpasukan dan kerjasama rentas kementerian yang telah dilaksanakan sebaik mungkin.

Menurutnya, hasil usaha penjawat awam menyusun acara,  kira-kira 50 syarikat gergasi China yang bernilai berpuluh bilion dolar dapat dihimpunkan sempena lawatan itu.

“Ini kerana usaha yang dibuat bukan sahaja oleh Kementerian Luar, tapi semua kementerian terkait berbincang dan menemui mereka sebelum ada pertemuan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Sempena lawatan rasmi Anwar ke China itu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China.

Anwar dalam pada itu berkata kaedah cekap dan bersih perlu dilaksanakan dalam setiap urusan bagi menarik dan menambah keyakinan pelabur dalam negara.

Beliau tidak menafikan masih ada pihak yang meminta komisen ketika berurusan dengan kerajaan.

“Budaya lama (jika) mahu dibersihkan mengambil masa lama, jadi saya minta kerjasama saudara kerana apabila imej itu baik, ia mudah sekali,” katanya.

Anwar berkata sekiranya tadbir urus, tatakelola dan imej baik dapat dikekalkan, masa depan negara akan lebih cerah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad