web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dialog Kaedah Terbaik Tangani Kebimbangan Fahmi – Veteran Media

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 7:07AM

Teguran Fahmi Fadzil baru-baru ini terhadap hantaran di Facebook berbaur “fitnah” oleh sebuah portal berita menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengamal media veteran - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teguran Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil baru-baru ini terhadap hantaran di Facebook berbaur “fitnah” oleh sebuah portal berita menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengamal media veteran.

Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berpendapat, hantaran di Facebook Berita Harian, yang memaparkan tajuk artikel mengenai penganalisis meramalkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), tidak seharusnya dilihat sebagai satu usaha untuk mengkritik kerajaan.

Mengakui walaupun terdapat "kecenderungan" dalam dunia media untuk mensensasikan tajuk utama, pengguna kandungan, termasuk menteri, harus memeriksa artikel berkaitan sebelum menuduh sesebuah syarikat media menyebarkan fitnah.

Chamil Wariya - Gambar Fail
Chamil Wariya - Gambar Fail

“Tiada keperluan (Fahmi) untuk mengatakan tajuk berita itu (oleh Berita Harian) berunsur fitnah. Saya tidak fikir mereka ada niat tersebut.

“Selagi media tidak mengeluarkan laporan yang menjejaskan keselamatan negara, tiada isu.

“Sesiapa yang terjumpa tajuk berita dan mendapati ia mengelirukan hendaklah membaca keseluruhan artikel terlebih dahulu untuk melihat sama ada tajuk itu menggambarkan kandungan berita tersebut,” katanya ketika dihubungi The Vibes.

Malah beliau berkata, artikel tersebut juga memetik sumber boleh dipercayai yang terkenal iaitu pakar dalam bidang ekonomi.

Beliau turut mengingatkan kerajaan agar tidak memperbesar perkara remeh kerana pihak berkuasa memiliki pelbagai isu lain yang lebih perlu diutamakan, seperti menangani kenaikan kos sara hidup.

“Walaupun jika laporan atau analisis kritikal terhadap kerajaan, mereka mesti berusaha ke arah meningkatkan toleransi untuk menerima pandangan sedemikian secara matang,” katanya.

Menyokong penubuhan Majlis Media Malaysia yang telah lama ditunggu-tunggu, Chamil berkata, kewujudan badan itu akan menyediakan platform kepada pihak yang tidak berpuas hati menyuarakan aduan mereka jika tersinggung dengan laporan berita.

“Dengan mempunyai kod etika standard yang diterima oleh semua petugas media, tahap profesionalisme dalam kalangan wartawan di negara kita dapat dipertingkatkan,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, bekas Ketua Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran berkata, pembentukan majlis media itu akan menggalakkan dialog sihat antara kerajaan dan pengamal media.

Premesh Chandran - Gambar Facebook Premesh Chandran
Premesh Chandran - Gambar Facebook Premesh Chandran

“Ini akan menyelesaikan isu dan membolehkan media memainkan peranan mereka dengan berkesan dalam melaporkan berita dengan tepat,” katanya sambil menambah keprihatinan Fahmi terhadap tajuk Berita Harian boleh dikaitkan dengan kebimbangan kerajaan bahawa laporan mengelirukan boleh menjejaskan negara.

Bagaimanapun, beliau juga berkata, walaupun tajuk berita yang pendek mungkin tidak menangkap nuansa artikel, ia tidak boleh dianggap sebagai fitnah melainkan ia sengaja mengelirukan atau bercanggah dengan laporan itu.

Sementara itu, Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Datuk Ahirudin Attan berkata, pertemuan Fahmi dengan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan pengurusan tertinggi Media Prima Berhad kelmarin patut diberi perhatian dan memastikan pertukaran pendapat yang sama rata.

“Walaupun Fahmi berpeluang memberitahu Zaini apa yang mengganggunya, (Zaini) juga berpeluang menjelaskan kepada menteri bagaimana bilik berita itu berfungsi.

“Ini termasuk situasi tergesa-gesa untuk memenuhi tarikh akhir dan tekanan dalam bersaing dengan bukan wartawan yang mendahului kami menyampaikan maklumat kepada pembaca kerana mereka tidak mengambil berat tentang etika dan tindakan undang-undang,” katanya.

Ahirudin Attan - Gambar Fail
Ahirudin Attan - Gambar Fail

Beliau juga berkata, walaupun kebimbangan Fahmi terhadap tajuk berita yang berpotensi mengelirukan boleh difahami, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya mempertimbangkan alternatif lebih baik untuk menyuarakan keluhannya daripada meluahkan di Facebook.

“Ada kalanya, kami (wartawan) boleh mensensasikan sedikit (tajuk berita), terutamanya apabila subjek seperti ekonomi, kewangan dan sains adalah ‘dingin’ dan melibatkan terlalu banyak jargon.

“Kebimbangan menteri adalah wajar, tetapi saya tidak fikir menggunakan Facebook untuk menangani isu ini langkah terbaik. Sebaliknya, beliau harus mengadakan pertemuan secara kerap dengan editor agensi berita,” katanya.

Dalam pada itu, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar menganggap tindakan Fahmi sebagai paparan "ketidakmatangan dan kekurangan pemahaman menteri itu terhadap media".

Johan Jaafar - Gambar Fail
Johan Jaafar - Gambar Fail

“Bila kali terakhir tajuk berita menjadi isu kepada mana-mana menteri? Mengapa tajuk berita harus berterusan menjadi isu?

“Tajuk berita hanyalah gambaran sekilas tentang kandungan artikel, yang sudah melalui semakan fakta memandangkan agensi penerbitan sedar bahawa mereka perlu bekerja dalam parameter undang-undang,” katanya.

Beliau juga mengimbau janji Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan kebebasan akhbar, dengan menyatakan: "Kami tidak akan bergerak ke hadapan (ke arah mencapai kebebasan akhbar) jika anda (menteri) mula marah atas tajuk berita tertentu." - The Vibes, 3 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran