web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buruh Bangladesh Maut Terjatuh Dalam Sungai Nenggiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 10:44AM

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika melakukan kerja memanjat besi paip dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang buruh warga Bangladesh ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri ketika bekerja di tapak projek Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Star di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Md Kashem Sikdar, 35, dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika melakukan kerja memanjat besi paip dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari.

"Ketika kejadian mangsa memakai pakaian dan peralatan keselamatan dan kemalangan itu disaksikan seorang penyelia di kawasan terbabit yang melihat mangsa terjatuh bersama besi paip ke dalam sungai itu.

"Walaupun usaha menyelamat sukar dilakukan berikutan arus sungai yang deras, namun mayat mangsa dijumpai pada 12.40 tengah hari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian menunjukkan tiada unsur jenayah berlaku dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses selanjutnya.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). - Bernama 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad