web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cipta Peraturan, Wajibkan Lesen Kepada Penjual Ikan Buntal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 7:47AM

Nur Asyikin menyarankan orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mengambil risiko dengan menjadikan ikan buntal sebagai hidangan, terutama jika ia diperoleh daripada pembekal yang tidak diketahui. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mewujudkan peraturan terperinci bagi mengawal penjualan ikan buntal, sesuai dengan kadar bahaya dimiliki hidupan terbabit, yang boleh menyebabkan kematian sekiranya tersilap langkah.

Penganalisis Keselamatan Makanan, Nur Asyikin Yusof berkata, terdapat keperluan untuk agensi berkaitan mencontohi dasar dilaksanakan oleh Jepun, yang mengenakan undang-undang khas kepada penjual ikan itu di pasar dan restoran. 

Menurut beliau, sudah tiba masanya individu yang menjual atau pengendali makanan berasaskan hidupan tersebut diwajibkan memiliki lesen dengan latihan yang ketat bagi mengurangkan risiko kematian.

"Tukang masak fugu atau ikan buntal ini di Jepun perlu melalui latihan yang mendalam serta sukar, bagi mempelajari seni persediaannya untuk mengelakkan racun pada organ dalaman ikan ‘terbebas’.

"Selepas berjaya lulus latihan itu, baru mereka diberikan lesen kepada tukang masak serta restoran yang menyediakan hidangan berkenaan. Justeru, adalah wajar untuk kerajaan mengawal penjualan ikan buntal seperti mana dilakukan oleh Jepun," katanya kepada Getaran, hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kematian seorang wanita warga emas di Kluang, Johor yang meninggal dunia, akibat keracunan selepas memakan ikan buntal dimasaknya.

Suami mendiang pula dimasukkan dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas keracunan hidangan yang sama.

Ikan buntal itu yang tergolong sebagai antara racun semulajadi paling berbahaya dan mematikan di dunia, dibeli kedua-dua mangsa menerusi laman Facebook.

Ia dikatakan dijual pembekal di Batu Pahat yang memperoleh bekalan daripada nelayan di Endau.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, mangsa yang mengalami gejala sesak nafas dan menggigil, pada jam 5 petang 25 Mac lalu kemudian disahkan maut dua jam kemudian.

Beliau berkata, suami mangsa turut mengalami gejala sama kira-kira sejam selepas isterinya mendapat gejala berkenaan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Nur Ashikin meluahkan kebimbangan terhadap kemungkinan peningkatan jumlah penjual tidak bertanggungjawab sekiranya kerajaan masih membisu.

"Kita mahu kerajaan bertegas, jangan hanya duduk diam tentang perkara ini kerana sememangnya racun pada ikan buntal itu amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

“Walaupun kes melibatkan racun ikan buntal ini boleh dikatakan agak terpencil di Malaysia, agensi berkaitan perlu mengawalnya dan mencipta undang-undang agar tiada pihak yang akan sesuka hati menjual hidupan berkenaan kepada orang awam,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mengambil risiko dengan menjadikan ikan buntal sebagai hidangan, terutama jika ia diperoleh daripada pembekal yang tidak diketahui.

"Cara menyiang buntal perlu dibuat dengan teliti mengikut bahagian ikan tersebut yang akan dimasak secara berasingan.

"Kebanyakan isinya boleh dimakan, kecuali insang, kepala, gigi, pipi dan permukaan kulit fugu yang mesti dikikis dengan alat khas," katanya. 

Sementara itu, sumber daripada Jabatan Perikanan berkata, tiada undang-undang diperuntukkan buat masa ini bagi menghalang sesiapa daripada menjual ikan buntal.

Jelasnya, pihaknya bersetuju bahawa perbuatan menjual hidupan itu amat tidak bertanggungjawab kerana risikonya yang boleh membahayakan pelanggan.

"Ikan buntal dianggap sebagai ikan sampah, iaitu tiada nilai komersil oleh Jabatan Perikanan. Ia tidak pernah ditangkap secara komersil untuk dijual di pasar. 

"Namun, kita sedar sudah terlalu banyak mereka yang maut disebabkan makan haiwan tersebut. Itu adalah perbuatan tidak bermoral dan wajar dilakukan oleh penjual ikan," katanya. - Getaran, 2 April 2023.


 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad