web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tubuh RCI Siasat Kes Najib Secara Telus – Pemuda UMNO

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 10:39PM

Najib Razak - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memberi keadilan sewajarnya kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, terdapat keperluan untuk berbuat demikian selepas mengambil kira hujah Hakim Besar Sabah, Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli ketika mempengerusikan panel lima hakim dalam permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukumannya ke atas kes dana SRC International Sdn Bhd.

“Akur dengan keputusan mahkamah bermaksud menghormati keputusan dan tidak turun ke jalanan membuta tuli kerana itulah yang selalu ditekankan oleh Datuk Seri Najib ketika beliau berjumpa dengan Pemuda UMNO seluruh Malaysia.

“Tetapi bukan bermaksud kami setuju dengan apa yang telah diputuskan. Kami mendesak agar kerajaan mewujudkan RCI untuk memberikan keadilan yang lebih telus kepada Datuk Seri Najib,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dr Akmal Saleh - Gambar fail
Dr Akmal Saleh - Gambar fail

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadapnya.

Keputusan dalam usaha terakhir Najib itu bermakna beliau akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahun yang dijatuhkan ke atasnya, kecuali jika mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam keputusan majoriti 4-1 pagi semalam, panel membuat keputusan berkenaan selepas mendapati permohonan  kebenaran semakan itu adalah lebih menjurus kepada permohonan untuk menyemak merit keputusan panel dalam rayuan akhirnya pada 23 Ogos tahun lalu.

Keputusan berkenaan dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, yang turut disokong Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Abdul Rahman ialah hakim tunggal yang membuat keputusan menentang.

Sementara itu, Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak bersalah dan orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil.

“Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil. Jika sistem tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia tidak dibicarakan sama sekali,” katanya.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu. – Getaran, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad