web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tingkat Pengeluaran Lateks Untuk Kurangkan Import, Naikkan Harga - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 3:19PM

KKDW melalui Risda akan menambah depoh pengeluaran lateks bagi meningkatkan pengeluaran komoditi itu di negara ini. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Risda akan menambah depoh pengeluaran lateks bagi meningkatkan pengeluaran komoditi itu di negara ini. 

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga bagi mengurangkan kebergantungan import lateks dari luar negara bagi kegunaan industri tempatan.

"Walaupun getah beku masih banyak dikeluarkan, tetapi keprihatinan saya ialah mengeluarkan lebih banyak lateks.

"Ini juga dapat menyelamatkan RM3 bilion bagi import lateks, jika lebih banyak lateks dapat dihasilkan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Tadarus Al-Quran Perdana Sempena Ramadan 1444H Peringkat Parlimen Bagan Datuk di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai mekanisme memastikan pengenalan harga lantai getah beku akan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan penoreh getah. 

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluaran lebih banyak lateks juga membantu harganya ditingkatkan sekali gus membolehkan pekebun dan penoreh getah meraih pendapatan lebih tinggi. 

Sebelum ini terdapat cadangan untuk mengkaji menaikkan harga lantai getah sekerap sekurang-kurangnya kepada RM3 sekilogram berbanding RM2.70 yang diumumkan pada Belanjawan 2023.

Ahmad Zahid berkata perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, hampir 1,500 peserta menyertai program Tadarus Al-Quran Perdana Sempena Ramadan 1444H Peringkat Parlimen Bagan Datuk yang diadakan di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad