Berita Terkini

1 jam yang lalu: Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir 1 jam yang lalu: Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves 1 jam yang lalu: Persijilan logo halal JAKIM tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS 1 jam yang lalu: UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor 1 jam yang lalu: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ

IKUTI KAMI


Lebih 12,000 Pendatang Asing Diusir Ke Negara Asal Sejak Januari 2023

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Apr 2023 7:00AM

Ruslin memeriksa perbarisan Imigresen pada Majlis Penutupan Pengoperasian Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Ruslin berkata mereka terdiri daripada 9,606 lelaki dan 2,774 wanita membabitkan majoriti warga Filipina, Indonesia dan Myanmar dengan penghantaran melalui jalan darat, penerbangan atau feri penumpang.

“Terdapat tiga kategori tahanan di depot imigresen dan diusir pulang ke negara mereka iaitu banduan asing yang tamat hukuman penjara dan diserahkan kepada JIM untuk urusan usir ke negara asal.

“Selain itu, tahanan warga asing yang ditangkap oleh JIM atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63 atau Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta kesalahan lain yang masih dalam siasatan kes dan tahanan warga asing yang diserahkan oleh agensi penguat kuasa lain untuk tindakan usir oleh JIM,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di sini semalam.

Beliau berkata ketika ini seramai 11,650 pendatang tanpa izin masih ditahan di 18 depot imigresen sedia ada dan tiga depot sementara.

Ruslin berkata kapasiti penghuni di semua depot imigresen ketika ini berkurangan 50 peratus berbanding jumlah penuh seramai 21,150 orang susulan JIM telah mengusir ramai tahanan pulang ke negara masing-masing selepas segala dokumentasi mereka selesai.

Beliau berkata bagaimanapun terdapat beberapa masalah timbul untuk mempercepat proses pengusiran mereka kerana perlu menunggu proses pengeluaran dokumen daripada perwakilan negara asal tahanan yang memakan masa agak lama serta tahanan yang tidak mempunyai keupayaan untuk membeli tiket pulang.

“Pengurusan tiket perlu diselaraskan oleh pegawai depot dengan menyemak keupayaan wang setiap tahanan untuk membeli tiket pulang dan tahanan yang mempunyai keupayaan wang membeli tiket akan segera dihantar pulang oleh depot imigresen.

“Tahanan yang tiada keupayaan wang untuk membeli tiket akan diuruskan dengan memberikan peluang kepada mereka menghubungi keluarga dan rakan untuk membiayai tiket pulang. Selalunya proses penghantaran pulang mengambil masa dua minggu hingga enam bulan,” katanya.

Mengulas tentang penutupan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Ruslin berkata depot itu yang beroperasi sejak 15 Februari 2021 akan ditutup bermula semalam dan sepanjang beroperasi, ia telah menempatkan 2,224 tahanan dengan seramai 62 pegawai imigresen bertugas dibantu 32 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Beliau berkata depot itu pada awalnya disewa bagi membantu JIM mengatasi penularan wabak COVID-19 dan kesesakan tahanan di depot seluruh Malaysia semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana tiada proses pengusiran dapat dilaksanakan.

Sementara itu, Ruslin berkata seramai  322,182 pendatang tanpa izin dan 27, 572 majikan sudah berdaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang diumumkan kerajaan pada 10 Januari lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pusat Urut Tawar Seks Songsang Diserbu, 6 Ditahan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Imigresen Buka Kaunter Khas Untuk Kelancaran Dokumentasi Jemaah Haji

3

Semasa 2 minggu yang lalu

JIM Perkenal Syif Baharu Anggota Imigresen Atasi Kesesakan Pintu Masuk Negara

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pasport: Imigresen Laksana Permohonan Online Sepenuhnya Di 3 Cawangan Mulai Jun

Sorotan

1

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

3

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Kematian Tragis Isteri Dalam Pantang Dorong Pindaan Undang-Undang Paterniti Sabah

oleh Rebecca Chong

Semasa 14 jam yang lalu

Bilik Gerakan SPAN Pantau Kelestarian Bekalan Air Sepanjang El-Nino

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Semasa 20 jam yang lalu

Suami Isteri Direman Kes Bunuh Warga Emas