web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Umum Exco Baharu Dalam Tempoh 48 Jam - Ab Rauf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 9:03PM

Ab Rauf Yusoh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ketua Menteri Melaka ke-13, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang dilantik hari ini berkata beliau akan mengumumkan barisan exco yang baharu dalam tempoh 48 jam.

Katanya beliau akan merujuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu, sebelum membuat pertimbangan untuk memilih 10 orang exco.

“Secara automatik barisan exco sedia ada ini terbubar dan sama ada akan ada lantikan semula exco terdahulu, kita lihat nanti. Bergantung pada ilham tapi tak boleh lama sebab negeri nak berjalan.

“Saya juga yakin kerjasama politik yang sedang bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan akan terbentuk di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri di sini, pada pukul 3.33 petang secara tertutup.

Dalam pada itu beliau juga berjanji untuk meneruskan semua dasar dan peraturan yang membawa manfaat kepada rakyat negeri itu, bagi memastikan bahawa tadbir urus lebih baik akan dijadikan panduan pada pentadbiran negeri ini.

Malah semua projek dan program yang telah dirancangkan di bawah kepimpinan ketua menteri terdahulu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, akan ditambah baik bagi kesejahteraan rakyat.

“Saya juga menyeru kepada semua pelaksana dan pembuat dasar terutama penjawat awam, untuk bersama-sama dengan saya meneruskan segala kerangka dasar yang baharu, bagi memberi impak yang lebih besar dalam membawa Melaka ke arah lebih gemilang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara juga berazam, agar Melaka akan menjadi negeri mesra pelabur dan perniagaan, memandangkan Melaka adalah antara pilihan utama permintaan untuk pelabur datang ke Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam