web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Mohamed Haniffa Mohon Naikkan Elaun Pelajar JPA, Hargai Pengorbanan Doktor Pelatih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 6:13PM

Dr Mohamed Haniffa ketika mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang membuat semakan semula terhadap kadar elaun pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), terutama membabitkan golongan itu yang sedang menuntut di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Ahli Dewan Negara, Senator Profesor Tan Sri Dr Mohamed Haniffa Abdullah yang mengemukakan cadangan itu berkata, kerajaan menerusi JPA juga diharap dapat menaikkan kadar elaun AS$300 hingga AS$600 setiap bulan.

“Ingin saya rakamkan di sini ucapan terima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana tahun lepas ia menaikkan sedikit elaun kepada pelajar tajaan mereka di UK, termasuk perbelanjaan harian dan pendidikan.

“Tetapi, malangnya ingin saya bawa di Dewan (Negara) ini masalah dihadapi oleh pelajar tajaan JPA di mana mereka masih menantikan pengumuman kenaikan elaun mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara.

Dr Mohamed Haniffa menegaskan, kebiasaannya pelajar terbabit akan menerima antara AS$1,200 sehingga AS$1,800 sebulan.

 Dr Mohamed Haniffa turut meminta penjelasan KKM mengenai tempoh masa menunggu atau ‘waiting period’ bagi seorang doktor pelatih sebelum diserap ke dalam jawatan tetap di hospital awam. - Gambar hiasan
Dr Mohamed Haniffa turut meminta penjelasan KKM mengenai tempoh masa menunggu atau ‘waiting period’ bagi seorang doktor pelatih sebelum diserap ke dalam jawatan tetap di hospital awam. - Gambar hiasan

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, kadar itu tidak mencukupi kerana sewa rumah, gas dan utiliti serta pengangkutan sangat tinggi, sehingga mereka terpaksa berjimat namun tetap hanya ‘cukup-cukup makan’.

“Jika kita melihat keadaan isu ekonomi global sekarang ini, masih tidak menentu, ditambah pula peperangan Ukraine dan Rusia yang berterusan, kita dapat melihat turun naik kadar pertukaran wang antara Dolar AS dan Ringgit Malaysia yang sangat ketara.

“Perkara in sebenarnya membawa kesan dan tekanan kepada pelajar Malaysia di luar negara. Ini kerana mereka memerlukan wang bagi
perbelanjaan harian dan menyewa penginapan, selain kadar nilai wang tak menentu ini membawa impak kepada kadar elaun harian diterima mereka setiap bulan,” kata mantan Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu.

Membahaskan isu berlainan, beliau meminta penjelasan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai tempoh masa menunggu atau ‘waiting period’ bagi seorang doktor pelatih sebelum diserap ke dalam jawatan tetap di hospital awam.

“Saya ingin bertanya kepada KKM, apakah mekanisme terkini kementerian dalam menetapkan masa bagi seorang doktor pelatih ini.

“Adakah ada satu kajian di lakukan pihak kementerian untuk restructuring the whole hospital organization (penstrukturan semua organisasi hospital atau sebaliknya,” katanya.

Tegasnya, sebagai seorang doktor, masalah menimpa pegawai perubatan itu, terutama doktor pelatih atau doktor muda terbabit, amat menyentuh hati dan perasaannya.

“Dan oleh kerana Dewan Negara ini boleh ditonton secara langsung di semua media sosial, maka saya memberi nasihat secara peribadi kepada mereka, iaitu ‘berhati-hati, tabah dan kuat menghadapi setiap halangan sebagai seorang doktor. Saya tahu ia sukar, tetapi ingat sumpah dan tanggungjawab kita sebagai seorang doktor kerana kita antara lain adalah pendengar yang baik, individu yang merawat dan kawan baik.

“Walau apa pun, dalam hati kecil sanubari saya masih lagi seorang doktor. Dan sebagai seorang doktor, yang paling penting bagi kami adalah bukan sahaja cuba sedaya upaya untuk menyembuh
penyakit dihadapi pesakit, tetapi juga mendengar rintihan, kesusahan dan perit kesakitan dialami pesakit.

“Makan dengan itu, setelah saya dilantik sebagai Ali Dewan Negara, saya akan membawa bukan sahaja isu kesihatan, malah isu yang menyentuh rakyat,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar