web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Fayhsal Hantar Usul Tergempar, Gesa Bahas Pengeluaran KWSP Bersasar 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 3:05PM

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal -Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menghantar usul tergempar hari ini meminta Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Usul tergempar itu dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada jam 9.50 pagi tadi.

Berdasarkan surat yang dikongsi beliau di Facebook, Wan Ahmad Fayhsal memohon sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat untuk memberi laluan kepada usul itu bagi membincangkan pengeluaran lanjut KWSP secara bersasar kepada pencarum yang terdesak.

“Usul ini berkehendak disegerakan memandangkan pelbagai lapisan rakyat menyatakan kehendak ini buat suatu tempoh yang mendesak dan bertambahnya jumlah kumpulan rakyat yang tidak dapat menampung belanja kehidupan ketika ini.

“Usul ini juga turut melibatkan kepentingan ramai kerana terdapat pelbagai reaksi dan keluhan yang dapat disaksikan melalui media sosial dan ucapan rakyat umum berkenaan keperluan perkara ini.

“Terdapat juga rakyat yang menjadi miskin kerana ketidakbenaran kerajaan atas kehendak ini. Minggu ini juga tular tentang seorang individu yang berjalan kaki dari Johor menuju ke Istana Negara demi menuntut pengeluaran caruman KWSP,” katanya.

Semalam, soalan Wan Ahmad Fayhsal mengenai pengeluaran KWSP bersasar tidak dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat.

Justeru beliau berharap agar isu itu perlu disegerakan pada minggu hadapan kerana persidangan hanya berbaki dua hari lagi sebelum tamat sesi Dewan Rakyat kali ini.

“Semoga Yang Dipertua (Dewan Rakyat) menerima usul ini untuk dibahaskan memandangkan ianya adalah perkara yang amat mustahak melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Terdahulu, Perdana Menteri memutuskan tidak membenarkan pengeluaran semula wang KWSP bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum.

Anwar berkata, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti.

Menurut Anwar, beliau memahami isu tersebut sebagaimana yang dibangkitkan banyak pihak, tetapi sudah banyak kali kebenaran diberikan dan ada simpanan pencarum yang semakin berkurangan.

“Saya kalau ikut, (itu) wang dia. Dia nak keluar biar dialah. Tapi kalau wang dia tinggal RM5,000 (dalam KWSP), keluar RM3,000, pencen nanti dia anak beranak macam mana?” katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, Anwar berkata, Kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.

Inisiatif dalam Belanjawan 2023 itu adalah sebahagian usaha kerajaan membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran ketika pandemik COVID-19.

Bagi tujuan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi meningkatkan simpanan persaraan hampir dua juta pencarum KWSP yang menghampiri usia persaraan. – Getaran, 31 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad