web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UiTM Bersetuju Benar Diskusi Diadakan Di Kampus Dengan Syarat… - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 3:00PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau menyokong dan bersetuju dengan penetapan dibuat UiTM - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan ‘konflik’ berhubung dakwaan pengurusannya menyekat penganjuran Program #JelajahMansuhAUKU, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akhirnya bersetuju memberikan komitmen supaya sesi diskusi ilmiah itu diadakan selepas Mac, dengan dihadiri beberapa panelis lain.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, persetujuan itu diberikan selepas sesi perbincangan diadakan semalam untuk menyelesaikan perkara terbabit.

Katanya, beliau menyokong dan bersetuju dengan penetapan dibuat UiTM.

“Saya sokong dan saya setuju. Tetapi saya nak tekankan, isu mahasiswa sentiasa berjalan. Kita perlu berjuang untuk mahasiswa kita.

“Mereka (mahasiswa) memerlukan sokongan kita. Suara mahasiswa, suara keramat!,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Syed Saddiq mendakwa wujud beberapa cubaan daripada pengurusan UiTM untuk menghentikan program itu yang dirancang diadakan di Dataran Cendiakawan kampusnya di Shah Alam, malam tadi.

Beliau berkata, perkara berhubung sekatan program bakal dihadirinya sebagai panel jemputan untuk dialog bertajuk Intern Bukan Buruh Percuma itu, dimaklumkan penganjurnya, Mahasiswa Demokratik.

Katanya, pada 28 Mac lalu, Timbalan Naib Cancelor UiTM memaklumkan pihak universiti tidak meluluskan program itu atas sebab ‘mengekalkan keharmonian kampus’.

“Pada petang hari sama, UiTM mengeluarkan notis untuk pelajar tidak terlibat dengan aktiviti tidak mempunyai kelulusan universiti melalui ciapan @uitmofficial di Twitter.

“Dan pada hari ini (semalam), tular satu mesej di Whatsapp bahawa pintu pagar Kolej Melati akan ditutup dari 9 malam ini (malam tadi) hingga 6 pagi esok (hari ini), atas masalah ‘teknikal’ yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Selepas disekat daripada mengadakan program itu, beliau memaklumkan menerima cadangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM untuk melaksanakannya bersama mahasiswa pada tarikh baharu.

Katanya, beliau menghargai dan berterima kasih kepada pihak MPP UiTM kerana turut bersama serta berkongsi pandangan.

“Pihak MPP juga menyatakan cadangan secara matang dan akan memberi tarikh baharu untuk diskusi ini diadakan, dengan menjemput panel lain,” katanya.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, universiti adalah tempat mahasiswa membina jati diri dan melahirkan pemimpin.

Universiti, katanya, haruslah terbuka jika ingin mencapai matlamat itu dan bukan sekadar melahirkan pekerja untuk memenuhi kehendak industri.

Malah, beliau berkata, universiti perlu menjadi tempat memimpin mahasiswa supaya mereka berani mengkritik berasaskan fakta atau alasan, selain tampil kritikal agar dapat memainkan peranan sebagai satu daripada elemen semak imbang kepada kerajaan.

“Cubaan sekatan ke atas program ini jelas sekali bertentangan dengan semangat memperjuangkan kebebasan akademik dibawa kerajaan hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai sekatan itu, Syed Saddiq berkata, beliau merancang menghadiri program itu di UiTM bukan untuk mencetuskan huru-hara.

Jelasnya, walaupun memahami dan menghormati keputusan pihak UiTM yang mengatakan sekatan itu kerana ingin menjaga keharmonian serta ingin mengutamakan aktiviti kerohanian, hakikatnya beliau dijemput berdialog bersama mahasiswa mengenai isu dekat dengan hati mereka.

Malah, katanya, penganjur program sudah membuat permohonan secara teratur, namun tidak dibenarkan.

“Ada yang kata dah jadi sebahagian daripada kerajaan tak patut buat konfrontasi sebegini. Pelik bin ajaib kalau berdialog pun dikira konfrontasi, saya tak tahu lah apa lagi caranya.

“Sewaktu saya berada di blok pembangkang, saya boleh sahaja masuk ke UM, tiada masalah. Tetapi hari ini sudah jadi kerajaan dihalang pula,” katanya. – Getaran, 31 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi