web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuasa Ekonomi China Jadi Keutamaan Malaysia - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 8:28PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING – Lawatan ke negara ‘kuasa’ ekonomi China menjadi keutamaan kepada Malaysia kerana ia adalah ‘jiran rapat’ dan rakan dagang terbesar di luar rantau Asean, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mengulangi keperluan untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua rakan dagang Malaysia, terutama dalam perdagangan, perniagaan dan pendidikan.

“Sebab itu saya datang ke China dahulu (di luar Asean), diberi keutamaan. China adalah jiran dan rakan dagang. Sebagai sebuah negara perdagangan, kita perlu meningkatkan hubungan dua hala dengan semua, termasuk AS (Amerika Syarikat).

“Saya memulakan lawatan antarabangsa saya dengan jiran terdekat kami di Asean (selepas dilantik sebagai Perdana Mentero November lalu). Lawatan ke Turki adalah selepas gempa bumi di sana, manakala perjalanan ke Arab Saudi adalah untuk ziarah umrah,” katanya kepada lebih 200 tetamu dan diaspora Malaysia pada Majlis Iftar di Kedutaan Malaysia di sini, malam ini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar berkata, rakyat Malaysia di luar negara, sama ada di China atau lain, mempunyai peranan untuk mengukuhkan hubungan dua hala kerana mereka ‘mewakili negara’.

“Anda amat dihargai kerana anda semua sudah membantu mewujudkan hubungan dua hala yang baik dan memudahkan hubungan diplomatik.

“Rakyat Malaysia di China adalah contoh dan teladan yang baik. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan dua hala bukan terletak pada Kementerian Luar sahaja, tetapi tanggungjawab kolektif oleh pegawai kerajaan, komuniti perniagaan, konglomerat serta profesional di sini,” katanya.

Tambahnya, dengan kerajaan stabil dan ekonomi sihat, kerajaan Malaysia boleh menyelesaikan banyak isu, seperti jaringan keselamatan sosial, pertumbuhan ekonomi, keselamatan makanan, kemajuan teknologi serta pendidikan.

Mengulas mengenai kritikan dilemparkan pembangkang terhadapnya, beliau mengalu-alukan sebarang nasihat membina, namun menegaskan Malaysia ‘tidak berkompromi’ berhubung ketegangan kaum dan agama yang mengganggu gugat keharmonian sosial negara.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen pembangkang mengkritik hebat Anwar berhubung lawatan rasminya ke Arab Saudi.

Pihak terbabit turut mendesak Perdana Menteri supaya memaklumkan kepada Parlimen berhubung hasil lawatannya, selepas beliau dilaporkan tidak bertemu dengan rakan sejawatnya di sana. – The Vibes, 30 Mac 2023
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad