Berita Terkini

58 minit yang lalu: Media tradisional perlu berinovasi dan berubah, menerima pakai teknologi baharu untuk menghadapi perubahan landskap media - Fahmi 59 minit yang lalu: Malaysia perlukan media bebas, berani bersuara tanpa rasa takut - Fahmi 2 jam yang lalu: Badminton Asia, BAM tandatangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi 2 jam yang lalu: Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan 2 jam yang lalu: Suku akhir Piala FA: Negeri Sembilan FC 1-3 Selangor FC

IKUTI KAMI


Pangkalan Data Untuk PMKS Bakal Dibangunkan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 6:50PM

Ahmad Zahid (tengah) pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan satu pangkalan data yang mengandungi semua maklumat berkenaan usahawan mikro, kecil dan sederhana, yang berada di bawah 66 agensi dan institusi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan yang dibuat pada mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) 2023 hari ini, bertujuan memastikan perkongsian data dan penyelarasan maklumat dapat dilakukan.

“Ia bagi memastikan sebarang bentuk latihan, pemantauan, pinjaman dan geran dana, dapat diselaraskan agar tidak berlaku pertindihan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di bangunan Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Ahamd Zahid berkata mesyuarat juga memutuskan bahawa usahawan di Sabah dan Sarawak, perlu diberikan keutamaan dengan membangunkan bakat dan potensi mereka, serta menyalurkan dana mencukupi bagi menjalankan program pewujudan usahawan termasuk mempermudahkan proses pendaftaran.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penyelarasan usahawan vendor mesti dilakukan, bagi memastikan pencapaian negara dalam PMKS lebih tinggi daripada 37 peratus yang dicapai negara ketika ini.

Selain itu, beliau berkata jaringan e-dagang diperlukan untuk mewujudkan pasaran baharu kepada produk dan perkhidmatan, yang dikeluarkan oleh PMKS.

MPUPK dibentuk sebagai platform utama dalam membincangkan program dan inisiatif pembangunan usahawan dan PMKS selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

Mesyuarat itu merupakan mesyuarat MPUPK pertama yang diadakan selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan. - Bernama

Sorotan

1

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

2

Rombakan Kabinet Hak Mutlak, Budi Bicara Perdana Menteri - Ahmad Zahid

3

‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' Tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2023

Semasa 1 hari yang lalu

LIMA'23 Kembalikan Kemeriahan Langkawi

Semasa 1 hari yang lalu

Kereta Terbabas, Mayat Anggota Tentera Laut Ditemukan Dalam Parit

Sukan 3 jam yang lalu

Wei Chong-Kai Wun Tempah Slot Ke Final Untuk Malaysia