web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UiTM Cuba Sekat Program Diskusi Ilmiah Mahasiswa?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 6:32PM

Program #JelajahMansuhAUKU yang dirancang diadakan di Dataran Cendiakawan kampusnya di Shah Alam, malam ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa wujud beberapa cubaan daripada pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menghentikan Program #JelajahMansuhAUKU yang dirancang diadakan di Dataran Cendiakawan kampusnya di Shah Alam, malam ini.

Beliau berkata, perkara berhubung sekatan program diskusi ilmiah bakal dihadirinya sebagai panel jemputan untuk dialog bertajuk Intern Bukan Buruh Percuma itu, dimaklumkan penganjurnya, Mahasiswa Demokratik.

Katanya, pada 28 Mac lalu, Timbalan Naib Cancelor UiTM memaklumkan pihak universiti tidak meluluskan program itu atas sebab ‘mengekalkan keharmonian kampus’.

 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Syeda Imran
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Syeda Imran

“Pada petang hari sama, UiTM mengeluarkan notis untuk pelajar tidak terlibat dengan aktiviti tidak mempunyai kelulusan universiti melalui ciapan @uitmofficial di Twitter.

“Dan pada hari ini, tular satu mesej di Whatsapp bahawa pintu pagar Kolej Melati akan ditutup dari 9 malam ini hingga 6 pagi esok, atas masalah ‘teknikal’ yang tidak dapat dielakkan,” katanya menerusi kenyataan.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, universiti adalah tempat mahasiswa membina jati diri dan melahirkan pemimpin.

Jelasnya, universiti haruslah terbuka sekiranya ingin mencapai matlamat itu dan bukan sekadar melahirkan pekerja untuk memenuhi kehendak industri.

Malah, beliau berkata, universiti harus menjadi tempat memimpin mahasiswa supaya mereka berani mengkritik berasaskan fakta atau alasan, selain tampil kritikal agar dapat memainkan peranan sebagai satu daripada elemen semak imbang kepada kerajaan.

“Cubaan sekatan ke atas program ini jelas sekali bertentangan dengan semangat memperjuangkan kebebasan akademik dibawa kerajaan hari ini,” katanya.

Syed Saddiq berkata, sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan menghapuskan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang menyekat kebebasan mahasiswa serta pensyarah semasa sesi Dialog Anak Muda pada 19 Mac lalu.

“Saya memegang teguh kata-kata Perdana Menteri dan mengharapkan kepada keprihatinan beliau agar budaya universiti kita dapat diubah untuk kekal menjadi tempat lahirnya pemikir serta cendiakawan negara,” katanya. - Getaran, 30 Mac 2023
 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad