web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebakaran: Anak Pesan Baju Raya Warna Hitam - Ibu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 5:07PM

Nabila Sedu, (duduk tengah, baju lengan pendek) dan Thein Ko Htut, (berdiri baju biru), sedang menunggu proses bedah siasat di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, sempat menyatakan hasrat memakai baju raya berwarna hitam untuk Aidilfitri tahun ini. 

Ibu mereka Nabila Sedu, 31, berkata dia terkilan kerana belum sempat membeli kelengkapan baju raya untuk mereka. 

"Ada (pesanan) daripada anak-anak. Mereka hendak baju raya warna hitam...," kata wanita Orang Asli itu sambil mencium baju anaknya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, hari ini.

Dia yang turut ditemani suami yang merupakan warga Myanmar, Thein Ko Htut, 30, kelihatan sebak dan kerap mencium baju tadika dipercayai milik anaknya dan mengesat air mata.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nabila dan Thein tidak berhasil, selepas mereka dilihat tergesa-gesa meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik, hospital berkenaan.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu menetap di rumah sewa di Kampung Sabak Awor bersama empat anaknya, sejak empat tahun lepas.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata empat kanak-kanak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan.

Mayat kesemua kanak-kanak itu kini berada di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

Kejadian yang berlaku pada 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad