web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Tiba Di Beijing, Teruskan Siri Lawatan Di China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 4:58PM

Anwar (tengah) antara pemimpin asing pertama melawat Beijing selepas Xi Jinping dipilih semula sebagai Presiden untuk penggal ketiga dan Li Qiang dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini. - Gambar The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada jam 4.30 petang, selepas memberikan ucapan pada Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2023 di Hainan, China pagi tadi.

Ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital dijemput Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar China, Sun Weidong dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Perdana Menteri turut disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; Chang Lih Kang, dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing.

Delegasi Malaysia turut disertai Ahli Parlimen Ayer Hitam dan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong; Timbalan Ketua misi, Sanmugan Subramaniam dan pasangan Duta Malaysia ke China, Tengku Datin Sofia Dora Tengku Mohamad.

Mengiringi Anwar dari Hainan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin dan individu lain.

Anwar dijadual menghadiri majlis iftar bersama diaspora Malaysia di China yang dihoskan Kedutaan Malaysia malam ini.

Jadual lawatan Anwar yang padat turut merangkumi kunjungan hormat bersama Presiden China Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat esok, dengan kedua-dua pemimpin akan membincangkan perkongsian mengenai kerjasama perdagangan dan politik, selain bertukar pandangan mengenai landskap antarabangsa semasa.

Beliau juga akan bertemu Perdana Menteri China, Li Qiang keesokannya untuk beberapa acara, antaranya menandatangani sekurang-kurangnya tiga memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua kerajaan.

Anwar adalah antara pemimpin asing pertama melawat Beijing selepas Xi dipilih semula untuk penggal ketiga dan Li dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini.

“Objektif utama lawatan itu adalah untuk meningkatkan hubungan dua hala antara China dan Malaysia. China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009. Kita akan dapat menyaksikan pengumuman pelaburan besar dari China ke Malaysia, selain kehadiran banyak tokoh korporat dari kedua-dua negara,” kata Zambry kelmarin. – The Vibes, 30 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek