web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Aukus, Kesihatan Mental Anggota Polis Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 9:00AM

Beberapa RUU juga dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua, antaranya RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan kesan pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) dan langkah membendung isu kesihatan mental dalam kalangan anggota polis, antara tumpuan di Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat menerusi laman rasmi Parlimen, Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta Menteri Pertahanan menyatakan pendirian Malaysia ekoran pakatan pertahanan AUKUS, iaitu Australia akan membeli lapan kapal selam perang nuklear berharga AUD368 bilion dan kesannya kepada keselamatan negara-negara ASEAN berdasarkan Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali atau ZOPFAN. 

Dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri itu, Lim juga ingin tahu sama ada lapan kapal selam perang nuklear berkenaan akan dibenarkan beroperasi dalam rantau perairan negara-negara ASEAN.

Isu kesihatan mental pula akan dibangkitkan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) dalam sesi sama, yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah bagi memastikan isu itu dapat dibendung dalam kalangan anggota polis. 

Hal ini terutamanya terhadap mereka yang memegang senjata api untuk memastikan anggota dapat menjalankan tugas dengan mental yang stabil.

Menerusi sesi waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha kementerian untuk mengembangkan aktiviti penternakan lembu bersaiz besar (lembu sado) dalam kalangan usahawan muda dan usahawan desa.

Selesai sesi itu, beberapa rang undang-undang dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua, antaranya Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad