web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Selangor, Sarawak Pula Larang UAI Beri Ceramah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 3:30PM

Ustaz Azhar Idrus - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Selangor, Sarawak muncul sebagai negeri kedua yang melarang ceramah oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus diadakan di mana-mana masjid dan surau.

Ini selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang melarang ceramah oleh penceramah bebas tanpa latar belakang lengkap dalam bidang agama.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, keputusan berkenaan turut terpakai ke atas individu lain yang tidak diberi tauliah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut beliau, langkah berkenaan adalah wajar untuk menghalang sebarang penyebaran fahaman oleh puak ekstremis, yang boleh menjejaskan keharmonian Sarawak, sebagai sebuah negeri berbilang kaum dan kepercayaan.

“Kita ambil tindakan yang sama dengan beberapa negeri Semenanjung yang melarang individu tidak memiliki tauliah untuk berceramah.

“Hanya penceramah dengan latar belakang lengkap dibenarkan menyampaikan maklumat atau berceramah kepada masyarakat Islam seluruh negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada masjid, surau dan tanah perkuburan di Kompleks Islam Sarawak di Kuching hari ini.

Dr Abdul Rahman memberitahu, penceramah luar yang berhasrat untuk berceramah di Sarawak perlu mendapatkan kebenaran secara peribadi daripada JAIS terlebih dahulu.

“Permohonan mereka perlu diteliti terlebih dahulu kerana tauliah hanya dikeluarkan oleh Pengarah JAIS.

“Hanya yang menerima tauliah sahaja dibenarkan (menyampaikan ceramah),” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau seperti dipetik Harian Metro berkata, Majlis Islam Sarawak memperuntukkan RM1.56 juta untuk diagihkan kepada 1,562 masjid dan surau yang memiliki barisan jawatankuasa dilantik.

“Turut menerima sumbangan sebanyak RM18,000 ialah 18 tanah perkuburan,” katanya. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 tahun yang lalu

“Kami Tak Pernah Pandang Ringan Isu SOP”- Siti Nurhaliza

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar