web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Cadang Badan Bebas Siasat Aduan, Salah Laku Badan Penguatkuasaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 11:52AM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Peguam Negara untuk mengkaji semula cadangan agar diwujudkan badan bebas dalam mengambil tindakan dan menyiasat semua aduan, tuduhan dan salah laku membabitkan semua badan penguatkuasaan. 

Beliau berkata ini bagi memastikan badan penguatkuasaan yang terlibat dalam kes salah laku tidak menyiasat sendiri secara dalaman mana-mana kes atau aduan diterima membabitkan pegawai atau anggota mereka. 

Perdana Menteri berkata ini melibatkan badan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Saya telah minta Peguam Negara kaji semula cadangan awal supaya ada mekanisme untuk semua badan penguatkuasaan kalau ada pertuduhan khas terhadap pegawai SPRM, Imigresen, polis, kastam, maka ada badan bebas, (mungkin) dalam bentuk suruhanjaya, belum pasti.  

“Sudah ada arahan kepada Peguam Negara untuk kemuka cadangan supaya badan penguat kuasa ini tidak menyiasat sendiri, tapi ada badan lain yang bebas menyiasat, perkara ini saya rasa tidak begitu sukar kerana ada cadangan awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (PH-Damansara) berhubung langkah kerajaan dalam memastikan siasatan dibuat terhadap pegawai agensi pengkuatkuasaan seperti SPRM, dibuat secara bebas.

Anwar berkata cadangan penubuhan badan bebas berkenaan ketika ini dilihat wajar kerana ia lebih menyeluruh dan boleh mengambil tindakan terhadap semua aduan membabitkan badan pengkuatkuasaan. 

“Bila timbul isu Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dipertikai polis ialah mengapa dituju khusus untuk mereka padahal permasalahan itu harus melibatkan semua agensi penguatkuasaan,” katanya.

Dalam pada itu menjawab soalan asal Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah), Anwar berkata undang-undang sedia ada menjamin kebebasan SPRM dalam menjalankan siasatan dan tidak tertakluk di bawah arahan Perdana Menteri.

“Sebab itu, bila saya ambil alih saya memilih untuk tidak menukar Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilantik Pagoh untuk tidak menimbulkan persepsi bahawa seorang Perdana Menteri akan melantik seorang ketua SPRM yang baharu, sebab itu saya kekalkan,” katanya.

Terdahulu Mas Ermieyati meminta Perdana Menteri menyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan syor daripada Transparency International Malaysia (TI-M) supaya SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan proses semak dan imbang lebih telus. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan