web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sebanyak 574,886 Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 11:40AM

Pembayaran fasa pertama STR telah dilaksanakan pada 17 Januari lepas manakala fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 5 April ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat hari ini (28 Mac) terdapat tambahan sebanyak 574,886 permohonan baharu yang diterima bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Beliau berkata pembayaran fasa pertama STR telah dilaksanakan pada 17 Januari lepas melibatkan seramai 8.7 juta penerima melibatkan pembayaran berjumlah RM1.67 bilion, fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 5 April, manakala fasa ketiga akan dilakukan pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober. 

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

“Berdasarkan kajian yang dibuat, setakat 15 Mac lalu, terdapat sejumlah 123,243 KIR dalam kalangan miskin tegar telah berdaftar eKasih, tetapi saya sengaja kembangkan kepada jumlah 130, 000 KIR kerana saya bimbang ada beberapa jumlah baharu yang tidak termasuk sepanjang tahun ini.

“Kalau ikut perkembangan sekarang sehingga Mac dan dengan keupayaan jabatan keseluruhannya yang turut diselenggara oleh pejabat-pejabat daerah, kita mampu mengenal pasti dan menokhtahkan kemiskinan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin tahu pendekatan terbaharu dan kemajuan pelaksanaan Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan secara holistik agar dapat membangunkan negara serta masyarakat Madani yang menjadi contoh di rantau ini.

Sistem eKasih adalah pangkalan data kemiskinan nasional di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Perdana Menteri berkata selain STR, kerajaan turut melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan dengan memberi bantuan kepada 400,000 golongan yang mudah terjejas serta melaksanaan konsep Payung Rahmah melibatkan keseluruhan subsidi sebanyak RM64 bilion.

Melalui IPR, sejumlah RM750 juta diperuntukkan melalui tiga usaha iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

“Bagi program IPR ini dalam tempoh sebulan, lebih 22,000 yang telah berdaftar dan ini adalah perkembangan positif,” kata Anwar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembayaran STR Fasa 2 Bermula 3 April - MOF

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penerima Manfaat STR Beli Keperluan Harian Sempena Promosi Perayaan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

STR Ringankan Beban Perbelanjaan Harian Golongan Kurang Berkemampuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5.5 Juta Penerima STR Terima Bayaran Mulai 7 November

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad