web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Pertimbang Buka Semula Kedutaan Yang Ditutup Sebelum Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 9:32PM

Zambry Abdul Kadir berkata setakat ini Iraq, Syria dan Libya ada menjemput Malaysia untuk membuka semula pejabat kedutaan di negara mereka atas dasar hubungan baik mereka dan negara ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia sedia mempertimbangkan untuk membuka semula pejabat kedutaan di beberapa negara yang sebelum ini terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam sidang media hari ini berkata satu pasukan diketuai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Amran Mohamed Zin sedang membuat tinjauan dari segi keperluan sebenar di negara-negara yang berkenaan.

"Kita mengenal pasti ada beberapa tempat yang barang kali kita sedang membuat tinjauan semula untuk membuka semula mission atau kedutaan yang ditutup selama ini akibat daripada perang yang berlaku di negara yang berkenaan.

"Kita akan umumkan nanti di mana (pejabat kedutaan yang akan dibuka), kalau ada kedutaan-kedutaan yang ditutup mungkin akan dibuka semula berpandukan kepada kajian yang dijalankan," katanya di sini.

Zambry berkata setakat ini Iraq, Syria dan Libya ada menjemput Malaysia untuk membuka semula pejabat kedutaan di negara mereka atas dasar hubungan baik mereka dan negara ini.

"Ada pihak tertentu dari negara berkenaan yang datang berjumpa dengan kita untuk Malaysia kembali membuka kedutaan kita di sana, (namun) ia tertakluk kepada keputusan kerajaan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Mahasiswa, Tenaga Pengajar, Pentadbir Fokus Zambry Pacu Pendidikan Tinggi

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Polis Israel Tutup Masjid Al Aqsa Kepada Jemaah Islam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Kakitangan Kedutaan Malaysia Di Lubnan Diarah Pulang Ke Tanah Air

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini