web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Fasiliti Terjejas Teruk Banjir Akan Dibaik Pulih Dalam Tempoh 6 Bulan - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 2:15PM

Dr Zaliha Mustafa berkata enam fasiliti itu terdiri daripada Klinik Kesihatan Chaah, dan lima Klinik Desa (KD) di Kampung Tengah, Kampung Jawa, Kampung Jabi, Tenang Station dan Desa Temu Jodoh, kesemuanya di Segamat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Enam fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor yang terjejas teruk akibat banjir, akan dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata enam fasiliti itu terdiri daripada Klinik Kesihatan Chaah, dan lima Klinik Desa (KD) di Kampung Tengah, Kampung Jawa, Kampung Jabi, Tenang Station dan Desa Temu Jodoh, kesemuanya di Segamat.

"Jumlah kerosakan kita anggarkan RM1.8 juta dan kos baikpulih fasiliti dianggarkan RM750,000 untuk semua fasiliti yang terlibat. Jumlah (peruntukan untuk) baik pulih ini telah diluluskan," katanya kepada pemberita selepas melawat KD Kampung Tengah, di sini, hari ini. 

Katanya setakat ini hanya KD Kampung Tengah yang dikenal pasti akan dipindahkan ke kawasan baru, kerana klinik itu bukan sahaja terdedah dengan kejadian banjir, malah kedudukannya dilihat agak dekat dengan jalan raya, dan pernah berlaku kemalangan melibatkan lori sekitar kawasan itu.

Beliau berkata pihaknya telah meninjau suatu kawasan yang akan dipertimbangkan sebagai lokasi baharu klinik desa kampung berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal klinik itu.

Sementara itu merujuk kepada saranan agar KKM mengubah sistem pekerja perubatan berstatus kontrak kepada satu sistem yang bebas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, Zaliha berkata ia merupakan pandangan yang baik, dan cadangan itu boleh dipertimbangkan.

"Komen saya, itu pandangan yang baik. Kita boleh pertimbangkan, tetapi seperti biasa, ia bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan cepat kerana ia melibatkan ekosistem perkhidmatan itu sendiri," kata Ahli Parlimen Sekijang itu.

Jumaat lepas, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar dilaporkan menggesa KKM mengubah sistem pekerja perubatan berstatus kontrak sekiranya berhasrat meningkatkan kualiti di sektor itu.

Menurut Dr Zainal kerajaan perlu mewujudkan sistem yang bebas agar kebajikan kumpulan berkenaan dapat ditambah baik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran