web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Beradik Dipercayai Didera, 2 Dirantai Di Kaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 9:22AM

Polis telah menahan seorang wanita berusia 46 tahun dipercayai ibu mangsa dan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Tiga beradik lelaki dipercayai mangsa dera ditemukan penduduk kampung dalam keadaan lemah dengan dua daripada mereka kaki masih berantai di tepi sebuah titi, di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata seorang lelaki yang menemukan mangsa berusia 13 hingga 16 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Dua daripada remaja tersebut merupakan orang kurang upaya (OKU) yang memiliki kad OKU masalah pendengaran dan pembelajaran,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata tiga beradik itu dipercayai telah dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama.

“Mereka telah melarikan diri dari rumah dipercayai kerana tidak tahan didera. Lain-lain maklumat belum diperoleh kerana mangsa enggan bercakap,” katanya.

Yusharifuddin berkata ketiga-tiga remaja itu sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) serta dilaporkan stabil.

Menurutnya polis telah menahan seorang wanita berusia 46 tahun dipercayai ibu mangsa dan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kedua-dua suspek tersebut direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar