web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DBKL Siasat Ejen Jual Tapak Bazar, Persatuan Cadang PBT Jual Terus Ke Peniaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 7:08AM

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dicadangkan agar menjual tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri terus kepada individu yang benar-benar akan berniaga di tapak berkenaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa tempatan (PBT) dicadangkan agar menjual tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri terus kepada individu yang benar-benar akan berniaga di tapak berkenaan.

Presiden Persatuan Ekonomi Penjaja Ampang, Ayob Abd. Majid berkata, PBT juga disarankan hanya memberi tapak terbabit kepada pemegang kad pengenalan yang beralamat di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, langkah tersebut pernah dilakukan oleh PBT suatu ketika dahulu dalam usaha mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu turun padang membuat pemeriksaan terhadap semua bazar tersebut.

"Macam dulu-dulu kalau kita ingat, sememangnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau mana-mana PBT akan membuka bazar Ramadan atau Raya ini terus kepada individu. Pernah suatu ketika, hanya pemegang kad pengenalan Kuala Lumpur sahaja yang boleh memohon,” katanya kepada Getaran ketik dihubungi.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa wujud individu atau ejen bergelar 'Ayahanda' yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda apaila menjual tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Keuntungan itu diraih hasil tindakan memonopoli tapak, sebelum menjualnya pada harga yang tinggi.

Antara lokasi tapak bazar yang popular ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, bazar Ramadan Kelana Jaya, bazar Ramadan Sentosa dan beberapa lokasi strategik lain.

Wartawan akhbar tersebut yang menghubungi beberapa 'Ayahanda' berkenaan turut ditawarkan tapak dengan harga sehingga RM35,000 bergantung kepada lokasi perniagaan. 

Seorang individu yang mengaku menguruskan tapak di beberapa lokasi memberitahu, harga tapak berbeza mengikut lokasi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayob berkata, kes menjual tapak sememangnya wujud sejak dahulu dan bukan perkara baharu.

"Dahulu (ada kes) orang luar memohon kemudian jual kepada orang lain. Bagi saya, DBKL kena berbalik kepada asas. PBT ini kena beri kepada orang Kuala Lumpur sahaja," katanya. 

Tambahnya, kes seumpama itu juga telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan pernah dilaporkan oleh media sebelum ini.

"Sebagai presiden atau pengerusi persatuan penjaja, saya berpendapat bahawa isu ini sudah terlampau lama. Ia terjadi, kemudian ia senyap dan (kemudian) ia jadi balik," katanya lagi.

Dalam masa sama, Ayob turut membangkitkan isu harga tapak bazar yang agak tinggi di kawasannya meskipun tiada aktiviti lain dijalankan di tapak berkenaan, termasuk persembahan artis.

Ujarnya, tiada sebarang nilai tambah diberikan kepada semua tapak bazar berkenaan berbanding bazar lain seperti di Johor Bahru yang disertakan dengan persembahan artis sebagai penarik pelanggan.

Tiada sebarang nilai tambah diberikan kepada semua tapak bazar berkenaan berbanding bazar lain - Gambar Hiasan
Tiada sebarang nilai tambah diberikan kepada semua tapak bazar berkenaan berbanding bazar lain - Gambar Hiasan

"Di sini kira tinggi jugalah walaupun dicaj RM1,500 bagi bazar Ramadan. Bazar raya saya rasa lebih (tinggi). Sedangkan tapak itu milik PBT dan dia cuma membayar lesen sahaja serta ia tidak ada aktiviti (persembahan).

"Kalau kita perhatikan, bazar-bazar di Johor Bahru kenakan harga RM1,500 hingga RM3,000 tetapi mereka ada aktiviti, banyak persembahan artis," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL memberitahu, DBKL akan menyiasat dakwaan wujudnya individu atau ejen bergelar 'Ayahanda' bagi tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, DBKL menganjurkan dan menyelia dua tapak, iaitu bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan bazar Ramadan di tempat letak kenderaan Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak.

"Bazar Rahmah lot 4 di Lorong TAR dan Jalan Gereja, Dataran Merdeka, serta bazar Ramadan di 63 lokasi lain berada bawah seliaan persatuan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik FMT.

Jelas jurucakap itu, DBKL juga sudah melaksanakan langkah menyenarai hitam individu, persatuan yang melanggar syarat atau menyalahgunakan kelulusan penganjuran diberikan.

“Pelbagai usaha dan inisiatif juga sudah diambil, antaranya menyediakan borang khas untuk pengisytiharan kadar caj dan bilangan peniaga di kawasan diselia bagi memudahkan kawalan, pemeriksaan dan pemantauan.

“Jika ada mana-mana lokasi melanggar syarat diberikan, tindakan kompaun akan dikenakan, manakala peniaga yang terbabit dengan kegiatan “sublet” atau penjualan semula petak niaga akan disenarai hitam,” katanya. - Getaran, 25 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad