web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Lebuh Raya Terlibat Sistem Pembayaran Tol Terbuka - Nanta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 2:18PM

Baru-baru ini Alexander Nanta Linggi mengumumkan akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka bagi membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit selewat-lewatnya September ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Keputusan kerajaan untuk memulakan sistem pembayaran tol terbuka dengan hanya melibatkan lima lebuh raya di seluruh negara terlebih dahulu, dilakukan bagi memastikan sistem itu dapat berfungsi dengan baik sebelum diperluaskan ke lebuh raya lain.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata walaupun beberapa lagi syarikat konsesi telah menunjukkan minat dan menyatakan kesediaan untuk turut serta dalam sistem pembayaran, namun usaha itu tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan pembangunan perancangan terlebih  dahulu.

“Yang paling penting, sistem yang dicadangkan diuji terlebih dahulu sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari yang akan menyusahkan pengguna,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Baru-baru ini Nanta mengumumkan akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka bagi membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit selewat-lewatnya September ini.

Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Nanta berkata usaha untuk melaksanakan sistem bayaran tol terbuka itu telah dilakukan pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) daripada Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (BPP) sejak 2022 lagi.

Katanya ia mengambil masa yang agak lama kerana hal berkenaan bukan satu perkara mudah selain perlu melalui banyak proses.

Ia termasuk dari aspek teknikal, perundangan dan kewangan yang perlu diperhalusi dan diperjelaskan  oleh semua pihak terlibat sebelum keputusan memulakan sistem pembayaran terbuka ini di lima lebuh raya pertama dapat dicapai.

Sementara itu mengulas persoalan tentang pihak manakah yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan dan memastikan pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu dilaksanakan, Nanta berkata semua punca kuasa pelaksanaan sistem pembayaran tol dan semua yang berkaitan tertakluk di bawah bidang kuasa KKR.

 “Sehubungan itu saya memohon semua pihak menunggu pengumuman KKR berkenaan senarai jajaran dan lebuh raya yang bersedia untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini bagi mengelakkan kekeliruan, salah faham dan masalah dalam kalangan pengguna di kemudian hari.

“Ia akan ditentukan selepas semua proses libat urus, teknikal, perundangan dan kewangan telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad