web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan 2 Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM3.22 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 5:18PM

Dua rakan disyaki bekerja sebagai penjaga stor itu, ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, antara 3.15 petang dan 5 petang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM3.22 juta dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Selasa lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua rakan berusia 34 dan 38 tahun yang disyaki bekerja sebagai penjaga stor itu, ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, antara 3.15 petang dan 5 petang.

"Hasil serbuan polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah iaitu 119,750 biji pil erimin 5, serbuk ekstasi seberat 5,360 gram, ketamin (903 gram), pil ekstasi (865 gram) dan ‘magic mushroom’ (270 gram) yang dianggarkan boleh digunakan seramai 145,928 penagih dadah,” katanya pada sidang media di IPK Johor di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi sindiket yang mula aktif sejak Januari lepas itu adalah dengan menjadikan rumah berpagar dan berpengawal serta kereta sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Kamarul Zaman berkata turut disita aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM210,450 melibatkan wang tunai, barangan kemas dan empat kenderaan pelbagai jenis.

Menurutnya saringan awal ke atas kedua-dua individu terbabit mendapati seorang daripadanya positif dadah jenis benzo, manakala seorang lagi mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Dua lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata sejak 1 Jan hingga Selasa lepas, JSJN Johor telah menahan 3,967 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas 849.22 kilogram dadah bernilai RM9.59 juta serta menyita harta bernilai RM3.89 juta. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan