web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Dalam Peringkat Persediaan Asas Bawa Keluar Kanak-Kanak Di Depoh Tahanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 6:45PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti persediaan asas bagi perancangan membawa keluar kanak-kanak yang berada di depoh tahanan sementara Imigresen di seluruh negara, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata KDN juga sedang mengenal pasti jumlah sebenar dan keberadaan kanak-kanak berkenaan, sebelum diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengkhusus dalam penjagaan kanak-kanak.

“KSU (Ketua Setiausaha)  telah diarahkan untuk to keep the ball rolling (meneruskan perancangan itu). Biar mereka buat kerja mereka dahulu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

Pada 15 Feb lepas, Saifuddin dilaporkan berkata pihaknya serius menguruskan kebajikan kanak-kanak di depoh berkenaan selepas ia mendapat perhatian aktivis hak asasi manusia serta badan antarabangsa, dan perbincangan telah diadakan bersama beberapa kumpulan termasuk NGO untuk pelaksanaannya.

Mengulas acara pembukaan rasmi sebuah bar di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 30 Mac ini, Saifuddin berkata penganjuran sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan keresahan kepada orang awam semasa Ramadan adalah tidak wajar.

Beliau berkata kelulusan penganjuran acara itu yang membabitkan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand dan berpakaian wanita akan dikenal pasti dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan.

“Jelas kita memasuki ambang Ramadan seeloknya untuk acara seumpama itu tidak diteruskan kerana akan mewujudkan keresahan. (Kita)...kena ada saling menghormati,” katanya.

Premis berkenaan telah menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menampilkan model Thai Hot Guy sebagai tetamu undangan penghias poster dan ia telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad