web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Kaitkan ‘Thai Hot Guy’ Dengan Konsep MADANI – Timbalan Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 3:35PM

Wilson Ugak Kumbong - Gambar oleh Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong menegaskan, isu sebuah kelab merancang mengadakan acara pembukaan yang menampilkan empat lelaki bertubuh sasa dari Thailand berpakaian ‘seksi’, tidak selaras dengan nilai konsep Malaysia Madani (MADANI).

Justeru, beliau berkata, acara menampilkan persembahan daripada kumpulan dikenali ‘Thai Hot Guy’ itu, tidak sepatutnya dikaitkan dengan konsep terbabit.

“Rangka kerja MADANI diperkenalkan merangkumi semua rakyat Malaysia. Oleh itu, jangan kaitkan (acara dengan konsep).

“Kerajaan tidak mempunyai agenda sedemikian dan tidak akan melaksanakan program tidak sihat seperti itu,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli.

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

Terdahulu, Ahmad yang juga Ketua Pemuda PAS bertanya sama ada acara kontroversi yang dijadualkan berlangsung Ramadan ini, selari dengan konsep MADANI.

“Sekiranya acara itu tidak mengikut prinsip MADANI, saya pasti akan ada gesaan (daripada kerajaan) supaya ia (acara) dibatalkan,” katanya.

Terdahulu, Privacy Club Tun Razak merancang menjadikan Thai Hot Guy sebagai tarikan utama sempena pembukaannya pada 30 Mac depan, dengan sekumpulan penghibur lelaki sasa dijangka melayan tetamu sambil memakai pakaian mencolok mata.

Publisiti dalam talian mengenai acara pembukaan kelab itu mendapat bantahan daripada tokoh PAS dan UMNO.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyelar acara itu dengan mendakwa ia menggalakkan budaya hedonistik dan pergaulan bebas, manakala Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sayap parti itu akan membuat laporan polis.

Manakala, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang bersedia untuk mengambil tindakan terhadap pengendali lokasi itu kerana tidak memiliki lesen hiburan.

Tambahnya, semakan awal DBKL mendapati premis terbabit dilesenkan kepada Beijing 9 Sdn Bhd sebagai restoran, dengan permit restoran itu tamat tempoh pada 4 Februari 2021. – The Vibes, 22 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan